Umum

Program Peluang Perniagaan Bersama Petronas ini merupakan sebuah program anjuran Biro Petroleum & Gas Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama PETRONAS. Program satu hari ini dianjurkan dengan objektif untuk membuka peluang kepada usahawan – usahawan terutama kontraktor bumiputera untuk mengetahui dengan lebih dekat peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas terutama dengan … more »

7-ELEVEN Malaysia Sdn Bhd, kini menawarkan program francais kepada usahawan tempatan yang berminat menjadi rakan kongsi rangkaian kedai serbaneka 24 jam terbesar dunia, 7-Eleven yang kini memiliki kira-kira 36,000 cawangan di 16 negara. Pengarah Eksekutifnya, Ng Su Onn, berkata syarikatnya merancang membuka 2,000 cawangan 7-Eleven di seluruh negara dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 50 … more »
Siapa yang tak kenal Starbucks? Starbucks merupakan rangkaian kedai kopi yang terbesar di dunia, mencecah jualan berbilion-bilion dolar setiap tahun, dengan 60 juta pelanggan dan memiliki lebih 17,000 cawangan di seluruh dunia. Di Kuala Lumpur, Starbucks telah menjadi imej atau ikon kepada generasi cafe dan hantu WiFi di mana-mana bandar di negara kita.
Sepuluh tahun dahulu, Starbucks dilihat sebagai kedai kopi untuk orang-orang kaya Kuala Lumpur. Tetapi sekarang ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian buat mana-mana individu yang tinggal di sebuah bandar besar di negara ini. Hari ini, Starbucks bukan sekadar kedai menjual kopi. Ia adalah tempat pertemuan, tempat untuk berehat, tempat untuk menjalankan perniagaan, sebuah ‘rumah’ yang jauh dari rumah.
Pada pandangan kasar, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Starbucks sangat menjadi tumpuan pelanggannya. Pertama, Starbucks menawarkan produk yang disukai pelanggan. Starbucks telah membuktikan bahawa pembeli menyukai minuman manis. Kopinya dihidangkan dengan coklat, kekacang dan krim seperti Toffee Nut Latte atau Caramel Macchiato. Ia juga membuktikan pengunjung menyukai “pencuci mulut” yang diletakkan bersama kopi.
Kedua, Starbucks mengamalkan konsistensi dalam penghasilan kopi mereka. Pelanggan tahu ke mana mereka pergi sama ada di New York, Malaysia atau Tokyo, rasa kopi tetap sama. Kualitinya sama walaupun mereka berada di kawasan berlainan. Ketiga, Starbucks memahami nilai ekonomi perniagaan. Ia tidak mahu hanya menjual kopi dengan harga murah tetapi ia menawarkan kopi yang enak, lemak dan manis ,yang memberi pulangan lumayan.
Seterusnya, ini mungkin faktor yang paling penting. Starbucks bukan hanya menjual kopi tetapi ia menjadi satu tempat yang mana para pengunjung boleh membeli CD atau merakam lagu-lagu kegemaran. Ia juga menawarkan perkhidmatan WiFi yang berjaya menarik generasi Y untuk duduk lebih lama di cawangan Starbucks dan seterusnya dapat menjual lebih banyak kopi! Ambience atau suasana dalaman Starbucks yang selesa menyebabkan ramai yang suka berehat di situ atau mengadakan perjumpaan singkat.
Pengusaha bertaraf billionaire di belakang kejayaan jenama paling komersial di dunia ini ialah Howard Schultz yang telah berjaya membangunkan syarikatnya dari kedai kopi kecil menjadi sebuah jenama global. Merupakan seorang yang tidak mudah menyerah kalah, Schultz mengambil satu tahun untuk meyakinkan founder Starbucks untuk memberikan beliau kerja. Beliau bekerja di Hammarplast pada waktu itu. Kemudian selepas melawat Milan, Italy, beliau membuka kedai kopinya sendiri yang diberi nama Il Giornale pada tahun 1985. Akhirnya beliau berjaya membeli Starbucks pada tahun 1987 dengan harga USD$3.8 juta. Ketika Schultz mengambil jawatan CEO di Starbucks pada tahun 2008, syarikat itu berada dalam keadaan yang teruk. Strateginya ialah memberikan pengalaman yang segar dan baru kepada pembeli. Menurut Schultz, Starbucks sebelum itu terlalu fokus pada perkembangan ekonomi syarikat sehingga ia hilang sentuhan romantik dengan pembeli.
Kaedah perniagaan Schultz ialah memberikan fokus pada peranan penting yang dimainkan oleh pekerja biasa untuk memberikan pengalaman menarik pada pelanggan. Di memanggil pekerjanya sebagai “rakan niaga” dan pusat pengurusan syarikat dipanggil Starbuck Support Center.
Starbucks ialah syarikat pertama di Amerika yang memberikan faedah kesihatan dan program pembangunan sepenuhnya pada semua kakitangan, termasuk mereka yang bekerja secara sambilan. Kaedah kerja yang uniknya ini sebenarnya dipengaruhi kehidupan semasa zaman kanak-kanaknya. Sebagai anak sulung yang dibesarkan oleh seorang ayah yang kerap bertukar-tukar kerja tanpa jaminan kesihatan dan kewangan, beliau berazam untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup serta mencipta syarikat yang mengutamakan kebajikan para pekerja dan beliau berjaya merealisasikannya.
Beberapa jenis buku telah diterbitkan tentang rahsia kejayaan Starbucks namun semua ini dinafikan Schultz yang menganggap kejayaan Starbucks tidak berlandaskan sebarang rahsia luar biasa. Model perniagaan Starbucks yang mungkin agak berlainan daripada syarikat-syarikat kopi terkemuka dunia ialah ia lebih banyak berbelanja untuk pembangunan dan latihan untuk para pekerjanya daripada pengiklanan!
Dalam satu artikel yang dilaporkan oleh Michael Lee Stallard dalam sebuah laman web yang berkisar tentang kepimpinan, terbongkar sebuah kisah tentang sifat kepimpinan ‘unik’ Howard Schultz. Pada suatu malam 15 tahun dahulu, Howard Behar, bekas presiden Starbucks Amerika Utara dan Starbucks International menerima panggilan di rumahnya di Seattle. Tiga orang pekerja Starbucks di Georgetown, Washington, DC telah ditembak dan dibunuh. Behar segera memanggil Howard Schultz, Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks yang berada di New York City pada ketika itu.
Schultz tidak segera hubungi peguam atau pegawai hubungan awam Starbucks. Sebaliknya, Schultz menuju ke Washington, DC. Sebaik sahaja tiba, beliau bercakap dengan pihak polis kemudian berjalan menuju ke cawangan Starbucks tersebut untuk mendapatkan alamat tiga pekerja Starbucks yang dibunuh, pergi ke setiap rumah mereka dan berkongsi air mata dengan keluarga ketiga-tiga mangsa tersebut. Howard Schultz telah membuktikan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang mempunyai hati dan perasaan, yang biasanya jarang diambil berat oleh pemimpin-pemimpin lain di dunia. Beliau berani menunjukkan kesedihan beliau kepada keluarga, kawan-kawan mangsa dan rakan-rakan sekerja!
Dalam buku karangan beliau sendiri yang bertajuk Onward: How Starbucks Fought for Its Life without Losing Its Soul, ada beberapa pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam apa jua jenis perniagaan masa kini iaitu:
1 – Bersifat empati dan berkomunikasi dengan telus.
Sebagai seorang yang agak beremosi, Schultz menegaskan bahawa sifat empati kepada orang lain membolehkan anda untuk menjadi orang perniagaan yang lebih baik kerana ia hanya memerlukan anda berhenti berfikir tentang diri anda dan sebaliknya, memberi tumpuan kepada orang lain (pelanggan, ahli pasukan, dll). Berkomunikasi dengan telus pula membawa maksud berinteraksi dengan pasaran anda dengan kerap dan melalui pelbagai saluran yang berbeza (e-mel, telefon, Facebook, Twitter, dll) serta bersifat telus dalam melakukannya. Sifat telus boleh dicapai dengan berlaku jujur dengan apa yang anda lakukan. Ketelusan membolehkan orang ramai melihat bahawa anda adalah orang sebenar dan mereka secara semula jadi akan tertarik dengan anda dan kejujuran anda.
2 – Beroperasi berdasarkan nilai, ia adalah asas kepada segala-galanya.
Menurut, Schultz, nilai memupuk integriti kerana ia adalah koleksi perkara-perkara yang penting kepada anda. Sebagai contoh, beliau tidak menggalakkan orang ramai menggunakan produk atau perkhidmatan yang beliau sendiri belum pernah cuba. Beliau lebih suka menggalakkan penggunaan kaedah, alat, dan perkhidmatan yang beliau benar-benar tahu dan faham. Katanya, ramai ahli perniagaan di luar sana yang hanya tahu menggalakkan apa-apa sahaja cara yang boleh mengaut keuntungan tinggi tetapi tidak beliau. Dan itulah yang dipanggil sebagai nilai!
3 – Bertanggungjawab dengan apa yang dilihat, didengar, dan dibuat.
Seperti yang diketahui ramai, Schultz sangat mementingkan perkembangan peribadi. Beliau sedar dengan beberapa perkara seperti muzik apa yang orang ramai dengar, buku yang orang ramai baca, dan seterusnya apakah langkah yang perlu diambil untuk membina perniagaan yang ideal.
Carmine Gallo, dalam kolumnya untuk Forbes, menceritakan tentang rahsia utama kejayaan Starbucks yang membolehkan syarikat itu menjadi brand antarabangsa selain mengukuhkan kedudukan syarikatnya di saat ekonomi Amerika masih sedang pulih. Dalam satu wawancara selama dua jam, Gallo menceritakan bagaimana Howard Schultz, CEO Starbucks, berbual dengannya tanpa sekali pun membuka topik tentang kopi. Apabila ditanya kemudian, Schultz memberitahu bahawa walaupun Starbucks terlibat dalam perniagaan kopi, tetapi ia adalah sebenarnya tentang menghubungkan manusia. Dan bukankah itu yang Starbucks telah berjaya lakukan di seluruh dunia? Menghubungkan manusia. Bukan membuat duit semata-mata.
Walau bagaimanapun, kegagalan adalah perkara wajib dalam sesebuah perniagaan. Walaupun, globalisasi telah menarik keluar berjuta-juta orang di negara-negara membangun daripada belenggu kemiskinan dan telah menghantar barangan, perkhidmatan dan orang di seluruh dunia, yang menghubungkan kemanusiaan ke dalam rangkaian yang luas komunikasi dan perdagangan yang akhirnya memberi faedah kepada semua, Starbucks hampir gagal secara keseluruhan di Australia – menutup 61 daripada 84 kedai. Di Melbourne, hanya lima daripada 16 kedai Starbucks yang masih kekal.
Jadi mengapa Starbucks berjaya di Amerika Syarikat tetapi sebahagian besarnya gagal di Australia Rahsia kejayaan Starbucks dalam pasaran Amerika adalah bahawa ia bukan sekadar menjual kopi. Ia menjual budaya kopi. Pada lewat 1980-an, Persatuan Kopi Kebangsaan telah mengeluarkan iklan untuk meyakinkan orang ramai bahawa kopi dapat mengurangkan rasa mengantuk. Tidak hairanlah bahawa apabila Starbucks yang muncul sekitar tahun 1990-an, menukarkan kafe tersebut kepada hab sosial. Tetapi apabila Starbucks datang ke Australia untuk membawa kopi dan budaya kafe kepada orang ramai, ia mendapati bahawa di Melbourne khususnya, mereka mempunyai kopi yang lebih baik dan lebih kafe santai daripada Starbucks.
Starbucks memasuki pasaran Australia pada Julai 2000 dengan kedai pertama di kawasan perniagaan di Sydney. Walaupun kurang penerimaan daripada orang ramai dan kewujudan pelbagai jenis pesaing, Starbucks berkembang dengan cepat dengan membuka kedai di bandar-bandar besar di Australia. Ini dilakukan tanpa penyesuaian produk, proses, atau strategi promosi. Pakar merasakan bahawa Starbucks gagal dalam pasaran Australia yang sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidakupayaan untuk memahami pengguna Australia dan budaya.
Keadaan ini telah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menutup semua cawangan kedai Starbucks di Australia sejurus selepas syarikat itu mencatatkan kerugian bersih yang agak tinggi bagi tahun 2008. Walau bagaimanapun, Schultz tidak mudah menyerah kalah. Beliau yang telah belajar daripada kesilapan kerana tidak memahami budaya hidup masyarakat Australia terlebih dahulu sebelum mengembangkan Starbucks di sana meneruskan operasi dalam pasaran Eropah dan antarabangsa yang lain.
Kejayaan rantaian sesuatu syarikat bergantung pada visi yang jelas. Schultz mampu menyatukan pasukan di sebalik usaha beliau, memahami emosi dan memberi inspirasi kepada para pekerjanya. Dengan imaginasi dan tekad dalam mengejar matlamat, beliau mampu untuk mengubah operasi berpangkalan di Seattle, 33 tahun dahulu kepada kejayaan antarabangsa yang menjadi fenomena dunia dengan kekayaan terkini direkodkan USD$4.1 bilion! Dengan lebih 10,000 lokasi dan beratus-ratus juta penggemar setia kopi, adalah sukar untuk membayangkan dunia tanpa Starbucks, syarikat kopi yang paling berjaya dalam sejarah penubuhan syarikat kopi di seluruh dunia.
Persoalan yang kerap berlegar di minda setiap graduan. Antara makan gaji vs kerja sendiri yang mana satu harus dipilih? Jawapannya amat bergantung pada apa wang diingini kerana setiap pilihan mempunyai pro dan kontra. Ya, ramai yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Kita diberi pilihan dan setiap orang berhak untuk memilih sesuatu untuk kebaikan dirinya untuk jangka masa panjang.
Bermula dengan kerja makan gaji, maksudnya bekerja di bawah orang lain sama ada dalam sektor awam atau swasta. Sektor awam seperti jabatan-jabatan di bawah naungan kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri, sekolah rendah, sekolah kebangsaan, universiti dan sebagainya. Sektor swasta pula contohnya bekerja di syarikat-syarikat Berhad, Sendirian Berhad atau Enterprise. Makan gaji bererti bekerja untuk majikan di mana majikan akan memberikan upah yang tetap pada setiap hujung bulan. Si pekerja pula tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan. Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin tidak akan menggugat situasi si pekerja kerana ia dijamin oleh majikan tetapi bagi mereka yang bernama majikan, mereka perlu mencari jalan untuk membayar upah kepada pekerja mereka.
Tahu kah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka. Antara kelebihan makan gaji ialah dapat memperoleh gaji secara tetap setiap bulan, mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya, dapat menikmati kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai, berpeluang mendapat bonus tahunan, kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya.
Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan upah yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut. Dalam erti kata lain, kerja sendiri ialah bisnes atau perniagaan. Bidang perniagaan ini luas. Kerja sendiri ini mempunyai cabaran dan risikonya yang tinggi, ditambah pula dengan modal yang menelan kos yang jumlahnya agak besar. Namun semua itu dapat dikurangkan sekiranya mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada syarikat yang berkelayakan seperti FAMA, SIRIM dan sebagainya. Mereka akan membantu dari segi pinjaman dan khidmat sokongan sehingga seseorang usahawan itu dapat “berdiri di atas kaki sendiri” dalam perniagaan.
Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia. Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji. Sekiranya bisnes dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap dan dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut, kebebasan masa dapat diperoleh Selain itu, tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat seperti mereka yang makan gaji. Di samping itu, pemilik bisnes dapat membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dan yang paling penting, pemilik bisnes berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai kebebasan kewangan.
Di bawah ini disenaraikan perbandingan ringkas antara makan gaji vs kerja sendiri:
|
Makan Gaji |
Kerja Sendiri |
|
Masa Ditetapkan: Selalunya sekitar 8.00 pagi sehingga 5.00 petang |
Masa Bebas: Terserah kepada individu. |
|
Pendapatan Tetap: Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan, gaji akan diberikan. Kadangkala, terdapat kenaikan pangkat yang menuntut kenaikan gaji. |
Pendapatan Tidak Menentu: Gaji mengikut usaha. Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan dan perancangan perniagaan. |
|
CUTI Tahunan: Cuti anda ada kadar tertentu yang telah ditetapkan setahun, tidak boleh cuti sesuka hati. |
CUTI Harian: Tidak perlu risau perihal CUTI kerana diri sendiri yang tetapkan. |
|
Tempat Kerja Ditetapkan: Tempat kerja ditetapkan, mungkin jauh daripada rumah atau dekat. |
Tempat kerja sendiri: Bebas menetapkan lokasi tempat kerja, sama ada di rumah atau di tempat lain yang berdekatan. |
Tidak dinafikan ramai yang tidak suka menghadap kesesakan lalu lintas, bos yang suka mengambil kesempatan, rakan sekerja yang menjengkelkan, gaji kecil dan segala macam sebab. Hari-hari mengeluh mengenangkan nasib. Belajar berbelas-belas tahun, apabila sudah mendapat ijazah, berusaha pula berhempas pulas untuk menjadikan orang lain kaya. Adakah ia satu tindakan yang bijak? Sedangkan Rasullah s.a.w pernah berkata bahawa 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, tetapi ramai yang masih bergantung pada 1 punca rezeki! Islam menggalakkan umatnya untuk berniaga kerana perniagaan itu tidak kiralah kecil atau besar mampu mengubah hidup seseorang dari kehidupan biasa-biasa kepada kehidupan “luar biasa”. Lihat sahaja contoh isteri nabi iaitu Siti Khadijah merupakan seorang peniaga yang kaya-raya.
Orang yang paling bahagia dan paling puas adalah mereka yang mempunyai perniagaan mereka sendiri. Mereka memiliki kebebasan masa dan wang. Mereka yang berjaya dalam perniagaan terdiri dari mereka yang bekerja keras. Sekiranya seorang pekerja boleh mendedikasikan bertahun-tahun hidup pada sebuah syarikat, hakikatnya pekerja itu sendiri tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada syarikat itu seperti perubahan pengurusan, syarikat diambil alih oleh bos lain dan pertukaran polisi dll. Perkara ini akan memaksa perubahan mendadak pada diri pekerja itu tanpa diduga. Begitu juga dengan bekerja sendiri. Risiko untuk menghadapi persaingan, perubahan, kegagalan dll itu sebenarnya lebih kurang sama dengan bekerja sendiri!
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dek kerana ingin menggalakkan rakyat Malaysia yang tidak didaftarkan secara rasmi sebagai pekerja untuk mencarum kepada KWSP di bawah kategori bekerja sendiri sebagai usaha untuk menabung bagi persaraan mereka. Maka tiada alasan lagi mereka yang bekerja sendiri untuk tidak mempunyai jaminan kewangan untuk hari tua
Golongan peniaga juga dikatakan lebih berminat daripada yang bekerja sendiri. Mengapa? Di alam perniagaan, pulangan di atas kertas memang cantik. Berhabis sejuta boleh dapat 2 juta dalam masa kurang 12 bulan (100% ROI setahun). Tapi realitinya boleh berbeza sama sekali. Pemilik perniagaan sentiasa berhadapan dengan risiko muflis sekiranya pinjaman bank tidak dapat dibayar tepat pada masanya. Terlalu banyak uncertainty yang menjadikan pemilik perniagaan lebih berusaha. Lebih beriman. Kedua, sebagai majikan, sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga para pekerja. Majikan mungkin tahu yang pekerja menghadapi kesukaran untuk survive dalam suasana kos kehidupan yang tinggi dengan gaji yang diberi. Namun, tahu saja tak cukup. Justeru, pemilik perniagaan perlu fikirkan bagaimana untuk meningkatkan hasil perniagaan agar gaji pekerja dapat ditingkatkan dan beban mereka juga boleh diringankan. Lebih berat nak memahamkan pekerja yang kita cuba nak tolong tu agar sama-sama berusaha supaya sama-sama dapat manfaat. Lebih berusaha. Lebih beriman.
Ketiga, pemilik perniagaan tidak memikirkan elemen kenaikan pangkat atau gaji. Sebaliknya, faktor keuntungan dan kerugianlah yang menjadi pertaruhan mereka. Sehubungan dengan itu, mereka mempunyai pertimbangan sama ada mampu atau tidak perniagaan itu dikendalikan dengan baik dan menguntungkan ataupun sebaliknya. Andainya perniagaan yang diusahakan menemui kegagalan, mereka tidak berputus asa, sebaliknya mereka memikirkan tindakan alternatif untuk memulihkannya. Hal inilah yang menjadi keistimewaan sebagai usahawan. Semangat keusahawanan mengatasi segala semangat bekerja, mereka dapat memikirkan alternatif yang terbaik untuk mengatasi kegagalan yang dihadapi. Semangat begini berbeza daripada pekerja makan gaji, iaitu masa bekerja telah ditetapkan, selepas itu, mereka tidak perlu lagi memikirkan masalah yang timbul di pejabat dan tidak perlu mencari kaedah untuk mengatasi masalah. Lebih berusaha. Lebih beriman.
Namun, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.
Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah sumbangan mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka. Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.
Orang yang makan gaji selalu fikir di kepala bilalah nak jadi kaya. Seolah-olah tidak bersyukur apa yang mereka ada selama ini dan merasakan tidak pernah cukup. Tetapi pernah tak mereka terfikir perasaan orang yang sedang mencari pekerjaan. Bukankah mereka (makan gaji) berada dalam kedudukan yang lebih baik?
Makan gaji atau bekerja sendiri bukan menjadi soalnya. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu perkara yang penting untuk menentukan yang mana lebih baik, asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan. Itu lah yang terlebih baik. Ramai orang amat gembira untuk bekerja makan gaji. Mereka suka dengan kerja yang mereka lakukan, mereka gembira dengan semua rakan-rakan di tempat kerja dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu. Dan sesetengah orang pula, sangat gembira menjalankan perniagaan sendiri, mereka bebas melakukan apa yang mereka suka lakukan, mereka gembira dengan hasil pendapatan yang mereka peroleh dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.

Kreatif dan kritis!! Dua elemen penting yang juga merupakan antara tuntutan utama dalam misi anda untuk memajukan perniagaan. Dalam erti kata lain, anda perlu berfikir dan berusaha dengan lebih keras bagi menjadikan perniagaan anda sesuatu yang lain daripada yang lain demi menarik minat lebih ramai pelanggan. Perniagaan yang mempunyai kreativiti tersendiri kebiasaannya akan lebih cepat … more »

Perniagaan merupakan salah satu cabang untuk menjana pendapatan dan ekonomi harian tidak kira bagi pihak individu atau berkumpulan. Malah, dalam Islam sendiri telah menyatakan bahawa perniagaan adalah 9/10 daripada pintu rezeki. Sedikit sebanyak hal ini telah menggambarkan bahawa perniagaan boleh menjadi satu peluang kepada kita untuk mencari rezeki. Yang penting, perlu ada modal dan usaha … more »

Rahsia Kejayaan Orang Jepun Siapa tidak pernah dengar akan negara Jepun? Tokyo adalah bandar nombor 1 di Asia dan ke 4 di dunia. Jepun bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah cara seluruh penduduk dunia makan. Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan minda. Mereka mendominasi dalam banyak industri Amerika daripada kereta sehingga permainan … more »
Evora Marketing memerlukan Kerani Akaun/Kerani Am Wanita
Kelayakan yang diperlukan:
- Min SPM
- Berpengalaman dalam bidang Perakaunan min 1 tahun
- Umur: 25 tahun ke atas
Tarikh tutup tawaran: 21 Januari 2012
Kemasukan: 1 Februari 2012
Hubungi En Nasz 06-6775992 untuk keterangan lanjut.
EVORA MARKETING
7-G Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan

Apa yang ada pada jenama? Kenapa jenama sangat penting dalam perniagaan sehingga sesetengah syarikat di negara maju sanggup melabur sampai jutaan ringgit untuk memperkembangkan jenama produk mereka? Penjenamaan (branding) di dalam kamus Oxford bermaksud pemberian nama atau imej ke atas barangan atau servis supaya orang tertarik untuk membelinya. Jenama adalah penambah nilai pada sesuatu produk, … more »

Usahawan Selebriti Lelaki di Malaysia Dato Wan Mohamad Sani Salleh Mungkin ramai yang tidak mengenali Dato Wan Mohamad Sani Salleh. Tetapi jika disebut tentang bekas model pelakon dan anggota kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff pada lewat 90an? Ha, sudah tentu ramai yang katakan, “Oh dia ke?!” Jejaka berusia 34 tahun berkelulusan Diploma … more »



