11 Cara Menggunakan Instagram Untuk Memajukan Bisnes Anda

0
938

Ingin Mulakan Perniagaan Online? Berikut 11 Cara Menggunakan Instagram Untuk Memajukan Bisnes Anda

Selain menjadi media untuk berkongsi foto dan video yang popular, Instagram merupakan salah satu media sosial yang memainkan peranan penting bagi mereka yang menjalankan perniagaan. Ia bukan sahaja berguna kepada penjual barangan online, pekedai kecil, restoran, agensi pelancongan dan e-commerce sahaja, malah Instagram juga salah satu alat efektif untuk menonjolkan jenama sesebuah perniagaan.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaiman cara terbaik menggunakan Instagram untuk bisnes anda? Jawapannya mudah. Untuk mengunakan Instagram anda perlu membuka akaun baru yang sesuai dengan perniagaan, tambahkan foto profail berupa logo perniagaan, memuatkan link Instagram ke website perniagaan anda dan kemudian hubungkannya dengan akaun Facebook atau Twitter.

Kedengaran begitu mudah kan? Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan supaya bisner Instagram anda betul-betul berkesan. Berikut adalah cara-cara menggunakan Instagram dengan berjaya.

  1. Pelajari Cara Menggunakan Instagram dengan Berkesan untuk Bisnes

Ramai orang menggunakan Instagram untuk menjalankan perniagaan. Oleh itu, Instagram turut menghasilkan satu blog mengenai cara menjalankan perniagaan melalui Instagram. Ia mengandungi tips-tips perniagaan, maklumat tentang brand, dan pelbagai maklumat lain mengenai bisnes Instagram. Melalui blog ini, anda dapat mengetahui cara menjayakan bisnes  menggunakan Instagram.

  • Optimumkan Profail Instagram Bisnes

Sebagaimana platform media sosial lain, anda perlu memberikan maklumat yang spesifik dalam profail Instagram bisnes anda. Lengkapkan maklumat perniagaan yang diperlukan oleh para pelanggan. Anda juga boleh menambahkan call to action berupa link yang mengarah ke halaman web perniagaan anda.

  • Muatnaikkan Gambar yang Menarik Perhatian Audiens

Selain memuatnaikan gambar yang informatif, kunci kejayaan lain untuk menarik perhatian audiens adalah dengan meneliti ciri gambar. Anda boleh mempergunakan pelbagai aplikasi rekaan visual seperti WordSwag dan InstaQuote untuk menghasilkan rekaan yang professional tanpa menggunakan khidmat pereka grafik.

  • Gunaan Filter yang Sesuai

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Simply Measured mengenai filter paling sering digunakan oleh sesuatu brand menunjukkan bahawa 14% memilih filter Lo-Fi, 12% memilih  Valencia, 12% memilih Rise, 11% memilih Amoro, 9% memilih Hudson, 9% memilih Sierra, 8% memilih X-Pro II dan 7% memilih Hefe.

Marketo juga mendapati bahawa filter Instagram bukan hanya menunjukkan nilai estetika, malah dapat memberi gambaran tentang bisnes anda secara amnya.

  • Tambahan #Hashtag yang Relevan dan Popular

Seperti search engine, hashtag dapat menjadi powerful untuk mennambah jumlah view post dalam Instagram bisnes anda. Setiap kali anda memuatnaikkan post baru, tambahkan caption yang diikuti dengan hashtag yang popular dan relevan dengan gambar.

  • Tunjukkan Foto Pekerja Anda

Cara berkesan menggunakan Instagram yang berikutnya adalah dengan menunjukan kegiatan yang sedang dilakukan oleh para pekerja anda. Selain bertujuan untuk menonjolkan aktiviti di sebalik tabir perniagaan, cara ini juga memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa perniagaan anda dijalankan mengikut proses yang baik.

  • Update Secara Berkala

Belum ada data statistik yang menyatakan bahawa mengupdate Instagram bisnes secara berkala dapat menambahkan follower. Walau bagaimana pun, berdasarkan pengalamanan Daniel Dipiazza, mengupdate Instagram setiap dua jam sekali mampu menambah jumlah follower secara drastik dari 1 ke 10,000 follower dalam masa sebulan.

  • Jaga Kualiti Setiap Posting

Anda ingin mengetahui kualiti post yang anda muatkan dalam Instagram bisnes anda? Anda boleh menggunakan beberapa Instagram Analytics Tools seperti Iconosquare dan Simply Measured yang boleh memberikan informasi yang lebih terang tentang jumlah like dan comment. Selain itu anda juga boleh mengatahui samada post anda diminati atau tidak.

  • Follow Balik Follower Anda

Sayang sekali banyak brand yang tidak mem-follow balik follower mereka di Instagram. Malah ada yang menganggap status “0 following” sebagai ciri professional sesuatu brand. Padahal dengan bertindak sedemikian anda dapat mengetahui post seperti apa yang paling disukai oleh mereka dan perkara ini boleh menjadi seperti ganjaran untuk mereka kerana telah memfollow akaun Instagram bisnes anda.

  1. Promosikan Bisnes Anda Melalui Instagram dan Facebook

Untuk memperolehi jumlah audiens yang lebih ramai, anda boleh integrasikan akaun Facebook dengan Instgram. Ketika anda post video dalam Instagram, kongsikan juga dalam Facebook kerana ia mempunyai 808 juta pengguna aktif di seluruh dunia, manakala Instagram hanya ada 130 juta pengguna. Dapatkah anda mengira berapa penambahan jumlah audiens anda?

  1. Share for Share (SFS)

Cara berkesan menggunakan Instagram untuk bisnes anda yang terakhir adalah dengan melakukan Share for Share. Cara ini dilakukan dengan mempromosikann bisnes rakan anda melalui repost dan tagging. Dengan cara ini mereka juga akan melakukan perkara yang sama dengan Instagram bisnes anda. Ini tentu sekali dapat menambahkan bilangan follower anda.

Demikianlah beberapa cara berkesan untuk menggunakan Instagram untuk bisnes anda. Jika anda mencari cara yang sesuai untuk meningkatkan audiens, meningkatkan pendapatan dan menambahkan jumlah pelanggan anda, maka Instagram bisnes merupakan salah satu penyelesaian.