Jana Pendapatan RM6,000 dengan Bisnes Air Balang

0
3410

Bisnes Air Balang sangat special dan mudah untuk memulakannya. Jika tahu cara buat air yang sedap, unik dan nampak menarik, anda mungkin boleh ‘win’ kan hati pelanggan yang ingin merasai air anda.

Bulan puasa bakal tiba pada bulan depan. Pasti ramai peniaga yang berniaga pada bulan Ramadhan. Jadi, disini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh menjana keuntungan yang berganda dengan hanya menjual air baling sahaja.

Air baling merupakan air minuman yang dihasilkan sendiri seperti;

  • Jus Air Mangga
  • Jus Air Cincau
  • Jus Air Limau
  • Air Kelapa
  • Jus Air Jagung

dan bermacam-macam lagi. Untuk mempelajari 20 Resepi Jus Yang Paling Laris di pasar ramadhan. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga ada juga ditunjukkan, anda boleh Klik Di Sini

Pemilihan Lokasi

Anda hanya perlu mencari kawasan yang ramai orang memandangkan bisnes air balang ini mempunyai sasaran pelanggan yang ramai seperti kanak-kanak, pelajar, orang tua mahupun orang dewasa. Maka, sasaran pelanggan tidak perlu anda risaukan kerana air balang boleh dirasai oleh semua orang. Lokasi yang paling baik adalah di tepi jalan, kawasan pasar makanan atau di luar sekolah. Melalui pengalaman saya, bisnes air balang banyak dijalankan berdekatan dengan sekolah. Ini kerana pelajar akan lebih mengutamakan membeli air berbanding makanan semasa rehat atau selepas balik dari sekolah.

Berapa Modal Mulakan Bisnes Air Balang?


Berikut merupakan anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang.

  • 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
  •  1 set meja: RM50-RM100
  • 3-4 balang air (jenis kaca) : RM120-130 (per balang)
  • 2 kerusi : RM 10-RM20
  • 1 alas meja : RM30-RM40
  • 1 senduk air gula: RM10- RM20
  • 1 unit bekas air gula: RM5-10
  • 1 pek cup  Air: RM11-15(Per pack )
  • Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
  • 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
  • 1 dozen Straw: RM 5-6
  • Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)
  • Other material: RM40

Jumlah keseluruhan adalah sekitar RM800


Berapa modal harian?
Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual. Anggarkan satu cup air berharga RM3 X 100 orang = RM 300. So, dalam sehari anda boleh dapat RM300, dalam sebulan RM300 X 30 hari = RM 9000.


Potensi jualan dan untung? 
Anggarkan anda jual 4 balang air = modal; RM100 sehari.

Setiap balang air mempunyai saiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Harga satu cup air adalah RM3

Jualan sehari: RM3 X 27 cup x 4 balang air = 324

Untung bersih sehari: RM 324 – RM 100 = 224

Untung bersih sebulan: RM 224 X 30 hari =RM 6720

UNTUNG SEBULAN: RM 6,720

Balang air terbahagi kepada dua jenis iaitu balang plastik dan balang jenis kaca. Sebaiknya anda menggunakan balang jenis kaca untuk menarik perhatian pelanggan. Jika anda menggunakan balang jenis plastik, warna air dalam balang akan berubah menjadi kabur dan kurang menarik. Walaupun harga balang jenis kaca lebih maha daripada jenis plastik, tetapi ia amat berbaloi dalam menhasilkan keuntungan yang lumayan.

Balang ini merupakan contoh balang jenis plastik. Anda tidak digalakkan untuk menggunakannya walaupun anda ingin menjimatkan kos.

Manakala, balang air ini merupakan balang jenis kaca. Anda boleh lihat dengan jelas warna air tersebut.

Anda sudah nampak bagaimana bisnes air balang menjana keuntungannya. Apa tunggu lagi, sediakan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan. Start your business with knowledge. Semoga berjaya !

Nak belajar bagaimana untuk memulakan bisnes air balang dan mula jana pendapatan sehingga RM6,000 sebulan?