Heat Press

5 Langkah Cetak T-Shirt Dengan Mesin Heat Press

Terdapat 3 jenis material yang anda boleh cetak ke atas t-shirt iaitu Vinyl, Dark Transfer Paper dan Sublimation Paper. Vinyl mempunyai banyak pilhan dalam 20 tona warna manakala corak Sublimation Paper, Dark Transfer Paper bergantung kepada reka bentuk bergambar yang dipilih menggunakan sublimation ink dan pigment ink.

 

STEP 1 DESIGN

1. Design

Melalui Adobe Photoshop, Illustrator, Microsoft Word, Paint anda boleh mereka bentuk yang dikehendaki. Untuk pencetakan menggunakan Sublimation Paper dan Dark Transfer Paper, design boleh dicetak menggunakan Printer Epson Inkjet L120.

 

STEP 2 CUTTING PLOTTER

2. Potong menggunakan cutting plotter

Untuk t-shirt vynil, hasil rekaan perlu dipotong menggunakan cutting plotter. Kemudian, tanggal lebihan vinyl supaya hanya bentuk yang dikehendaki sahaja yang muncul.

 

STEP 3 SET SUHU

3. Heat press

Set pada suhu, masa dan tekanan mengikut panduan yang ditetapkan.

 

STEP 4 LETAK DESIGN

4. Lekapkan pada baju

Letakkan pada posisi yang dikehendaki. Gunakan teflon paper untuk mengelakkan material terlekat pada mesin heat press dan supaya rekaan lebih rata dan kemas.

 

SIAP

5. Siap

Rekaan pada t-shirt boleh bertahan selama 4-5 tahun bergantung kepada penjagaan pemakai. Lawati http://www.usahawan.com/ untuk ketahui lebih lanjut peluang perniagaan baru untuk peniaga kecil & sederhana. Kami juga menawarkan pakej-pakej pencetakan untuk tshirt dan cenderahati yang membantu menjimatkan kos anda!