Idea Bisnes

10 Tips Terbaik Untuk Pemasaran Video Yang Berjaya

Membuat video online boleh memakan masa yang sangat lama untuk disiapkan.
Menjayakan pemasaran melalui video kadang kala nampak mahal dan sukar. Pereka content selalunya kecewa kerana usaha keras yang perlu untuk menghasilkan video online tidak setimpal dengan pendedahan online dan tontonan yang berjaya diraih. Bagaimana jika video anda berjaya dipaparkan pada senarai tertinggi dalam enjin carian, dan mendapat beribu-ribu tontonan, pada kos yang rendah?

Ikuti 10 tips pemasaran melalui video yang harus diingati tetapi senang diikuti, dan anda akan berbangga dengan pendedahan yang anda perolehi daripada media rich form ini!

1.Muat naik video anda dalam YouTube
YouTube adalah enjin carian yang kedua terbesar di dunia. Lebih daripada 1 billion pengguna unik mengunjungi YouTube setiap bulan dan lebih 6 million jam video ditontoni setiap 30 hari. Memuat naikkan video anda dalam YouTube akan serta-merta membolehkan video online anda ditontoni orang ramai.

2.Reka content yang menarik
Sebelum mencipta sesuatu video, fikirkan apakah yang dapat menarik perhatian komuniti online. Membuat video yang menarik minat penonton niche akan menghasilkan perkembangan organik yang baik.

Sebagai seorang pemain tennis, saya sentiasa mencari tips untuk memperbaiki servis saya. Itulah sebabnya ketika bekerja dengan sebuah kelab tennis, kami bercadang untuk membuat video “Bagaimana melakukan servis tenis yang lebih kencang”. Sehingga sekarang video tersebut telah mendapat 112, 000 tontonan dan ia sentiasa menjadi satu daripada sumber rujukan bagi laman web kelab tennis.
Video “Bagaimana Untuk…” amat informatif dan mendapat pendedahan yang baik.

3.Optimumkan content
Setelah berjaya menghasilkan video anda; fikirkan strategi untuk mendapat keyword yang boleh menyebabkan video itu mendapat ranking yang tinggi. Memandangkan YouTube dimiliki oleh Google, enjin carian tersebut memberi banyak keutamaan kepada YouTube dalam keputusan carian organik mereka.

Saya mahu mendapat ranking yang tinggi untuk keyword “Digital Marketing Company Columbus”. Content dalam video saya berkisar sekitar keyword tersebut. Saya perlu memastikan keyword yang saya tumpukan ini terdapat dalam tajuk, penerangan dan tag. Dalam masa 30 hari, video tersebut berjaya mendapat ranking #2 dalam keputusan carian organik.

Proses mendapatkan ranking tinggi untuk video dalam carian Google boleh jadi lebih pantas daripada laman web kerana tidak banyak video dalam web.

4.Hasilkan call-to-action yang berkesan
Dalam proses mengedit video; reka satu lower third graphic yang tidak menghalang content video. Memasukkan URL laman web yang anda mahu promosikan, juga nombor telefon dan logo, adalah sesuai untuk mengarahkan trafik dari video ke laman web yang dirancang untuk tajaan.

Sebagai tambahan, sertakan link kepada laman web anda dalam penerangan video dalam YouTube supaya orang ramai dapat menuju ke laman web anda dengan hanya mengklik link tersebut.

Satu lagi idea ialah dengan menambah skrin akhir pada video yang mempunyai call-to-action. Ini menjadi memori terakhir bagi penonton, dan memberikan mereka satu sebab untuk mengunjungi laman web anda!

5.Adakan kempen pengiklanan kecil
Kadar purata cost-per-view untuk satu daripada kempen pengiklanan YouTube saya adalah di antara $0.02 – $0.04. Berbanding dengan cara pengiklanan online yang lain, ini merupakan cara yang sangat murah untuk tujuan penjenamaan.

Bagi sebuah syarikat hartanah, dengan bajet $100, saya berjaya mendapat 2, 400 tontonan untuk satu daripada iklan 30 saat mereka. Tambahan lagi, melalui pengiklanan YouTube, anda dapat menambah lower third message dengan link yang boleh diklik. Mereka juga menerima 158 tontonan kepada laman web mereka secara lansung daripada iklan tersebut.

Anda boleh memulakan kempen pengiklanan YouTube melalui akaun Google adword.

6.Kongsi, Kongsi, Kongsi!
Kongsikan video anda melalui pelbagai blog dan saluran media sosial.
Lebih kerap video anda dikongsikan, lebih banyak pendedahan akan diterima. Seperti juga dalan penghasilan link, jika video anda dikesan dalam banyak laman web, enjin carian akan menganggap content tersebut berpengaruh dan ini akan membantu memperbaiki ranking organik untuk video.

Tambahan lagi, lebih ramai orang akan menonton video tersebut, maka ia menjadi semakin viral, dan menaikkan publisiti.

7.Lebih banyak interaksi, lebih bagus
Lebih banyak “like” yang diperolehi untuk video anda, dan lebih banyak komen yang diberi, lebih baik! Sepertimana pos media sosial, lebih banyak buzz yang anda terima untuk video akan menghasilkan lebih banyak pendedahan.

Lazimnya, jika satu daripada video saya mendapat lebih daripada 20 kombinasi komen dan “like”, dan mendapat 100 tontonan, lebih banyak kemungkinan saya akan melihat video spike dalam YouTube dan keputusan carian organik.

8.Tambah transkrip dalam video YouTube anda
Ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh memuat naikkan transkrip dalam YouTube.

Reka dokumen Word berdasarkan subjek yang ditayangkan dalam video. Memandangkan keyword penting yang anda mahu untuk mendapat ranking yang tinggi kemungkinan besar terdapat dalam skrip, ini akan memberi jus SEO bagi video anda.

9.Dapatkan langganan

Tahukan anda bahawa jika seseorang melanggan (subscribe) saluran YouTube anda, video terkini anda akan muncul dalam akaun homepage mereka!
Jika anda melanggan kepada saluran-saluran lain yang anda minati dan anda mengambil bahagian secara aktif melalui perbincangan dalam komen, anda dapat membina dengan mudah bes pelanggan anda. Lebih ramai pelanggan yang anda perolehi, lebih mudah bagi anda mendapat publisiti untuk video terbaru yang dimuat naikkan.

10.Muat naikkan video anda dalam jaringan lain
YouTube sememangnya saluran terbaik untuk mendapat pendedahan online. Tetapi jangan lupa bahawa anda boleh mendapat pendedahan yang lebih meluas dengan memuat naik video anda dalam laman web lain seperti DailyMotion, Vimeo and Break. Laman web seperti Vimeo memerlukan bayaran untuk mendaftar, tetapi ia bergantung dengan kehendak dan keperluan video anda, ia mungkin berbaloi.

Jika anda belum memikirkan tentang pemasaran melalui video, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk bermula. Dengan kadar pengiklanan yang berpatutan dan pendedahan enjin carian yang luas, media jenis rich form ini akan membantu anda mendapat lebih banyak publisiti. Ikuti sepuluh langkah di atas dan anda akan lihat video anda berjaya dalam ranking enjin carian dalam masa yang singkat!