Idea Bisnes

15 BISNES PERKHIDMATAN YANG MENJADI PILIHAN

Ingin memulakan perniagaan jenis perkhidmatan, namum masih asyik memikirkan perkhidmatan jenis apa yang mendapat permintaan tinggi? Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang mendapat permintaan ramai dan untuk pengetahuan anda umumnya ada dua jenis perniagaan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan usahawan, pertamanya berasakan produk fizikal dan keduanya berasakan perkhidmatan.

Syarat untuk memulakan perniagaan perkhidmatan adalah anda wajib mempunyai kemahiran dan lebih baik juga sekiranya anda mengikuti kursus anjuran kerajaan atau badan yang bertauliah bagi mendapatkan sijil pengiktirafan kepada kemahiran anda supaya pelanggan yakin dengan perkhidmatan yang bakal ditawarkan.

 

  1. Juru alih Bahasa

Khidmat seorang juru alih bahasa sangat diperlukan kerana bukannya majority pekerja yang bekerja dengan agensi pelancongan mahir dan fasih dengan penggunaan bahasa asing seperti bahasa cina sama ada dialek hokkien, kantonis, atau mandarin, bahasa Korea, German, Russia, Thailand, Jepun sama ada Hyoujungo (pertuturan standard) atau Kyoutsugo (pertuturan umum) dan lain-lain. Perkhidmatan juru alih bahasa diperlukan oleh pelancong, menteri, atlet sukan, selebriti, usahawan dan lain-lain.

 

  1. Tukang kasut

Perkhidmatan tukang kasut tidak memerlukan modal yang banyak dan boleh dijalankan di tepi-tepi jalan atau di rumah jika inginkan keselesaan. Perkhidmatan sebagai tukang kasut tidaklah memenatkan kerana tidak menggunakan tenaga yang banyak. Antara tugas atau perkhidmatan yang disediakan oleh tukang kasut seperti tampal kasut, jahit kasut, menambahbaik kasut, dan gilap kasut.

tukng-ksut

 

  1. Tukang jahit

Khidmat tukang jahit sentiasa diperlukan dan dinanti-nantikan, terutama musim perayaan, musim baru persekolahan, majlis perkahwinan, dan sebagainya. Selain itu, mengambil upah atau tempahan untuk menjahit pakaian dan kain dalam kuantiti yang banyak juga sangat menguntungkan kerana anda hanya perlu menyediakan modal yang sedikit untuk membeli peralatan seperti benang atau jarum. Mesin jahit pula adalah modal sedikit besar yang memerlukan anda untuk pelaburan sekali sahaja. Anda juga boleh membuat pinjaman atau bantuan kewangan untuk membeli mesin di institusi-institusi kewangan dan badan yang berkaitan.

tkng-jhit

 

  1. Tukang paip

Pilihlah bidang perpaipan sebagai kerjaya atau pendapatan tambahan anda. Kemahiran membaiki dan perkhidmatan paip tidak dimiliki oleh semua orang. Jika anda mempunyai kemahiran ini, sudah semestinya anda juga tahu nilai barang yang berkaitan paip yang murah tapi berkualiti. Perkhidmatan ini menguntungkan kerana anda akan dibayar oleh pelanggan kos peralatan gentian atau servis paip dan kos upah diri anda.

tukang-paip

 

  1. Tukang urut

Khidmat tukang urut sentiasa diinginkan terutama kepada wanita yang baru melahirkan anak. Kemahiran mengurut pula boleh dituntut dari kelas belajar mengurut, belajar dengan tukang urut, atau diperoleh sejak turun-temurun. Janganlah anda sia-siakan bakat yang anda. Anda boleh menjadi tukang urut terus dari rumah atau secara bergerak.

tukng-urut

 

  1. Sewa kenderaan

Permintaan terhadap perkhidmatan kenderaan sewa kini kian mendapat permintaan. Segelintir masyarakat juga telah mengambil peluang menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan dengan menggunakan gelaran nama bagi perkhidmatan sewa kenderaan dan mempromosikannya melalui banner, facebook, atau Instagram. Jika anda mempunyai kenderaan lebih atau kenderaan sendiri yang jarang-jarang dibawa keluar, gunakan idea perkhidmatan ini bagi membantu menambah pendapatan. Biasanya perkhidmatan sewa kenderaan ini mendapat permintaan dari golongan pelajar, pelancong, atau orang perseorangan yang masih belum memiliki kenderaan sendiri.

 

  1. Perkhidmatan sewa bilik, rumah, atau homestay

Jika anda mempunyai bilik lebih dirumah dan dibiarkan kosong sahaja adalah lebih baik menyewakannya kepada yang sedang mencari bilik untuk disewa. Perkhidmatan bilik sewa sangat diperlukan terutama kepada golongan pelajar yang sedang menjalankan latihan industri atau kepada pekerja perseorangan yang bekerja diluar kawasan.

Harga rumah semakin hari semakin tinggi. Anda boleh menyediakan perkhidmatan sewa rumah kepada golongan yang sedang mencari rumah lebih-lebih lagi kepada pasangan yang baru berkahwin, pelajar, pekerja luar kawasan, atau golongan yang masih belum mampu membeli rumah sendiri. Perkhidmatan ini juga mendatangkan pulangan daripada membiarkan rumah yang anda tidak duduki daripada kosong dan rosak jika tidak dijaga.

Rumah anda yang dikosongkan juga boleh dinaik taraf menjadi homestay. Perniagaan ini boleh digunakan sebagai kesempatan untuk mengaut keuntungan. Perkhidmatan ini sesuai dijalankan dimana-mana kawasan sama ada dikawasan perumahan atau kampung kerana sering mendapat permintaan terutama dimusim-musim perkahwinan.

 

  1. Sewa tanah

Jika anda mempunyai tanah kosong tapi malas nak diusahakan, lebih baik anda sewakan tanah yang tidak diusahakan itu kepada orang lain. Tanah boleh disewakan sebagai tanah untuk bercucuk tanam, ternak haiwan, tapak carnival, atau tapak papan iklan.

 

  1. Potong rumput

Kawasan pemotongan rumput tidak terhad kepada rumah sahaja malahan tanah kebun, padang, kawasan industri, sekolah dan lain-lain kawasan. Harga bagi upah memotong rumput pula bergantung kepada keluasan potongan rumput dan keadaan kawasan tersebut. Kerja memotong rumput tidak sesukar yang disangkakan, asalkan anda mempunyai mesin potong rumput, pengetahuan keselamatan, dan kemahiran untuk memotong rumput.

potong-rumput

 

  1. Pembersihan

Anda rajin membersih? Jika anda suka melakukan kerja-kerja pembersihan, perkhidmatan pembersihan adalah pendapatan sampingan yang menguntungkan. Dunia yang serba sibuk masa kini mengehadkan masa individu yang bekerja melakukan aktiviti pembersihan. Pembersihan mempunyai banyak lingkungan seperti membersihkan rumah, pejabat, cuci kereta, dan banyak lagi tempat yang memerlukan khidmat pembersihan.

 

  1. Pengasuh haiwan

Anda seorang pencinta haiwan? Jika anda seorang yang mempunyai perasaan sayang pada haiwan, sediakan perkhidmatan mengasuh atau menjaga haiwan yang dipelihara. Anda boleh menyediakan khidmat menjaga haiwan untuk pemilik haiwan peliharaan yang balik kampung, outstation, atau terpaksa ke tempat lain yang mengambil  masa lebih dari sehari. Anda boleh mengenakan bayaran kepada pelanggan mengikut hari atau kadar yang sesuai. Anda juga boleh menyediakan perkhidmatan tambahan lain sewaktu menjaga atau mengasuh haiwan seperti mandian atau pembersihan telingga.

 

  1. Blogger

Menjadi bogger boleh dijadikan sebagai kerjaya. Sebagai blogger anda memcipta satu blog dan berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Anda juga boleh mengenakan bayaran terhadap syarikat atau individu perseorangan yang ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka menerusi laman blog anda. Anda boleh menjalankan perkhidmatan  sebagai blogger ini dirumah sahaja.

blog

 

  1. Print dan phototat

Perkhidmatan printing boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan kerana setaiap masa ada permintaan printing dokumen, assignment, atau folio sama ada berwarna atau hitam putih. Selain itu, phototat juga tidak kurang hebatnya kerana ada sahaja dokumen yang memerlukan khidmat phototat. Perkhidmatan ini boleh dijalankan di rumah, asrama, atau terus membuka perniagaan jenis perkhidmatan printing dan phototat dengan menyewa ruang kecil premis atau gerai.

 

  1. Mengedar risalah

Anda boleh mengambil upah dengan mengedar risalah secara sambilan sama ada menggunakan motosikal atau apa sahaja yang memudahkan perjalanan anda untuk mengedar risalah. Mengedar risalah bukan sahaja mengedarkannya kepada orang perseorangan, malah anda boleh meletakkan atau selitkan pada kereta, motor, van, bas, pintu rumah, dan lain-lain. Perkhidmatan ini sesuai dijalankan oleh pelajar samasa cuti semester.

  1. Pengacara

Menjadi pengajara tidak hanya terhad kepada individu yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang pengacaraan, malah individu yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang pengacaraan juga boleh berpengacara asalkan anda petah berbicara, tidak malu, kelakar, dan mempunyai perwatakan menarik. Anda tidak perlu untuk menghadiri ujibakat sebagai pengacara untuk mengacara rancangan-rancangan di televesyen. Tapi cukup untuk mengacara di majlis-majlis perkahwinan, ceramah, karnival, dan majlis yang memerlukan khidmat pengacara. Bayaran yang dikenakkan adalah berbeza-beza sama ada mengikut masa atau bahan yang dibawa untuk mengacara.

 

Perniagaan perkhidmatan mendatangkan untung yang mengembirakan anda, manfaatkan kelebihan yang ada dalam diri anda, cipta dan reput peluang perniagaan. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Opppss!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing