Idea Bisnes

5 PRODUK TERLARIS PERNIAGAAN PRINTING

Perniagaan printing tidak menyeronokkan? Susah nak cari makan? Susah berjaya? Meremehkan? Ini semua tanggapan yang salah kerana anda sebenarnya yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkenaan printing. Perniagaan printing sentiasa mendapat permintaan tinggi. Antara produk printing yang memang boleh buat duit:

 

  • Banner & Bunting

Banner memang diperlukan bagi acara-acara rasmi, keramaian, program dan lain-lain majlis. Bunting pula selalunya digantung di tiang-tiang lampu jalan raya atau digantungkan di tempat yang boleh dilihat orang ramai berkenaan program, aktiviti, pemberitahuan, atau iklan. Oleh itu, perniagaan jenis ini selalunya mendapat permintaan.

 

  • Business card

Kebanyakan syarikat memerlukan kad perniagaan berbeza-beza mengikut keperluan syarikat. Individu perseorangan juga tidak ketinggalan mempunyai kad perniagaan mengikut cita rasa dan gaya mereka. Produk ini boleh beri untung yang sangat lumayan hingga 2 atau 3 kali ganda harga kos.

business-card-01

 

  • T-shirt

Produk T-shirt sentiasa ada permintaan. Rekaannya mungkin akan berubah-ubah dan bermusim. T-shirt tidak hanya berperanan sebagai pakaian semata-mata, malah dijadikan sebagai alat pemasaran sesuatu perniagaan seperti nama syarikat pada t-shirt pakaian pekerja agar nama syarikat mereka boleh dikenali.

 

  • Flyers

Flyers merupakan antara produk yang mendapat tempat dalam pasaran perniagaan printing. Syarikat dan orang perseorang membelanjakan dari ratusan hingga ribuan ringgit untuk tujuan mencetak flyers bagi mempromosikan bisnes mereka. Maka tidak hairanlah perniagaan printing ini mendatangkan pendapatan yang lumayan

flyers-01

 

  • Kad kahwin

Saban tahun, bulan, dan minggu ada sahaja jemputan kahwin. Jadi tidak menghairankan jika printing kad kahwin ini mendapat sambutan, asalkan anda creative dan mempunyai semangat untuk meningkatkan perniagaan anda.

wedding-card-01

Perniagaan dapat membantu meningkatkan kewangan anda dan membantu meminimumkan bebanan terhadap peningkatan kos kehidupan terutama kepada golongan yang berumah tangga. Pilihlah bisnes percetakan, jika anda berasa ia sesuai dengan minat dan bajet perniagaan anda. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Kami juga menawarkan pakej-pakej pencetakan untuk tshirt dan cenderahati yang membantu menjimatkan kos anda bersama dengan bantuan teknikal dan latihan percuma! Opppss!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing