Idea Bisnes, Lifestyle

Barbershop Alaf Baru

Bagi yang ingin memulakan perniagaan tapi masih berfikir bisnes apa yang mempunyai potensi untuk dikembangkan, boleh lah mencuba untuk membuka salon rambut. Bukan itu saja, bisnes salon rambut juga agak di kurang dikalangan Bumiputera dan lebih dimonopoli oleh mereka yang berketurunan India. Potensi salon rambut ini besar terutamanya di kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi. Tapi bukan salon rambut biasa tau, kami ingin memberikan idea bagaimana anda boleh bersaing dan mempunyai identiti tersendiri. Bagi mereka yang memulakan perniagaan ini tapi tak mempunyai kemahiran untuk memotong rambut, jangan risau kerana terdapat pelbagai akademi dandanan yang mengadakan kursus sebegini. Tak kurang ada juga yang belajar melalui pemerhatian dan membuat latihan sendiri.

HIASAN DALAMAN YANG MENARIK

Mungkin kita sudah biasa dengan café hipster yang mempunyai interior design yang unik dan mereka mempunyai gaya hiasan yang tersendiri. Tapi mengapa tidak anda cuba menggunakan konsep hiasan sebegini kepada salun rambut anda? Kita cuba lari dari imej biasa yang ditampilkan salon rambut dan mencuba sesuatu yang baru. Hiasan dalaman yang minimal, chic tapi menggunakan pilihan perabut yang sesuai dan akan membuatkan salon rambut anda nampak kemas dan bersih. Tona hitam dan putih sesuai digunakan dan ianya membolehkan tampil bersih dan kemas. Anda juga boleh menggunakan kertas dinding yang sesuai dengan konsep kedai anda. Konsep yang ringkas tapi ianya memberikan pelanggan anda merasa tenang ketika berada di salon anda. Tak mustahil untuk salon rambut menggunakan konsep hipster sebegini.

2 DALAM 1

Jikalau anda suka melakukan dua bisnes dalam satu masa, kenapa tidak? Anda boleh membuka salon rambut dan café di bawah satu bumbung atau menyediakan ruangan untuk butik anda. Selepas mendapat potongan rambut, boleh minum kopi pula dan shopping pula kan? Tak rugi. Konsep sebegini tak banyak digunakan tapi ianya mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan. Tak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menyewa dua atau tiga permis bagi menjalankan bisnes berlainan, cukup di bawah satu bumbung. Cuma anda perlu bijak tentang susur atur perabut dan ruang.

SERVICE YANG DISEDIAKAN

Jika anda lebih berminat untuk membuka salon rambut saja, mengapa tidak anda pelbagaikan service yang disediakan? Bukan setakat gunting, shampoo dan blow dry saja, tapi anda juga boleh menambah service yang ditawarkan seperti bercukur, hair-dye, hair tattoo, rebonding/perm atau anda boleh menyediakan service manicure dan pedicure. Jadi tak perlu lah pelanggan anda ke tempat lain untuk merias kuku.

KEUNTUNGAN LUMAYAN

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa perniagaan ini boleh mendatangkan keuntungan yang besar. Bayangkan jika anda mengenakan RM15 untuk setiap potongan rambut yang hanya mengambil masa 15 minit. Berapa keuntungan yang anda perolehi sepanjang 10 jam beroperasi? Jika dalam masa sebulan? Ya, buat permulaan, sewa permis dan bil juga harus dibayar, pelanggan juga masih kurang, jadi tetapkan lah sasaran yang munasabah untuk dicapai. Dengan strategi yang betul, ramai individu yang harus memanfaatkan peluang ini dengan membuka salon.