Idea Bisnes

Bisnes Tanpa Risiko Dengan Menjadi Dropshipper

 

Dropship bermaksud anda berniaga tanpa memiliki stok produk.

 

Apabila seseorang pembeli memesanan produk daripada anda, anda menghantarkan pesanan itu kepada pihak ketiga iaitu pembekal. Pembekal adalah orang-orang yang akan terus mengirimkan barang kepada pembeli.

 

Anda tidak perlu menyimpan barangan tersebut.

 

Kebiasaannya, pembekal akan mengirimkan produk tersebut di atas nama perniagaan mereka, tapi kadang-kadang ada juga yang mahu mengirimkan atas nama perniagaan anda.

 

Menarik kan?

 

Memang ada keuntungan menjadi dropship seperti:

  • Tidak memerlukan modal permulaan yang banyak
  • Tidak perlu mempunyai stok
  • Boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
  • Namun begitu, ada juga kelemahannya:
  • Peratus keuntungan lebih kecil
  • Tidak dapat mengawal stok produk pembekal
  • Tidak dapat mengawal kualiti produk dan servis

 

Melihat dari segi untung rugi pula, menjadi dropshipper merupakan cara yang agak mudah dan murah untuk mulakan perniagaan atas talian.

 

Berikut adalah beberapa cara untuk anda dapatkan produk dropship:

  • Mencari di Google dan Facebook: gunakan kata kunci “dropship [nama produk]”.

Perkataan dropship  boleh diganti dengan perkataan distributor, reseller, atau supplier

  • Order terus dari peniaga lain

 

Berhati-hati …

Walaupun anda memesan produk dari pihak ketiga atau pengedar, akan tetapi dropshipper, tanggungjawab pelanggan adalah diatas bahu anda.

Tips: Beli dahulu beberapa produk sebelum mula berniaga, jadi anda sendiri boleh menilai kualitinya sendiri.