Idea Bisnes

Idea Bisnes di Online Marketplace

 

Jika anda sudah ada produk untuk diniagakan dan mahu terus berniaga dalam 5 minit akan datang. Inilah penyelesaian yang paling sesuai untuk anda.

Terutama kerana telah terdapat ramai yang mengunjungi laman online marketplace, jadi anda boleh terus mendapatkan pembeli.

Lebih-lebih lagi, jualan di online marketplace tersebut adalah percuma.

Tapi ada kelemahannya:

Anda berniaga di laman web orang lain, jadi terdapat banyak batasan. Di samping itu, anda terbatas untuk mengembangkan jenama anda sendiri kerana ia bergantung kepada laman web marketplace tersebut.

Jadi bagaimana?

Jalan penyelesaiannya adalah, ketika anda di tahap baru memulakan perniagaan, manfaatkan marketplace tersebut sebagai platform untuk anda dapatkan pembeli dan jana pendapatan. Setelah agak stabil, buatlah laman web anda sendiri dan jemput pembeli yang berpotensi dari marketplace untuk mengunjungi laman web anda sendiri.

Berikut marketplace besar yang boleh anda gunakan:

  • Mudah.my
  • Lazada.com.my
  • 11street.my
  • Shopee.com.my
  • Lelong.com.my