Idea Bisnes, Keusahawanan

Idea Bisnes Foodtruck Di Malaysia

Kepada sesiapa yang suka menonton Asian Food Chanel atau TLC di Astro, mesti sudah biasa mendengar tentang budaya trak makanan atau foodtruck di sekitar bandar- bandar besar di Amerika dan Kanada seperti New York dan Toronto. Jika di Malaysia, perniagaan trak makanan ini seakan menjadi satu trend perniagaan yang semakin popular. Apa yang menarik, industri trak makanan ini lebih didominasi oleh golongan muda.

BAGAIMANA NAK MULA?

Kebanyakkan peniaga trak makanan ni dulunya menjalan perniagaan secara sambilan kerana masih mempunyai pekerjaan tetap. Namun setelah menerima respon yang memberansangkan dari pelanggan, ada yang tekad melakukan perniagaan secara sepenuh masa. Bagi mereka, perniagaan seperti ni ianya lebih jimat kerana tak perlu membayar sewa permis dan hanya fokus kepada kaedah pemasaran untuk menarik pelanggan. Modal pula dikeluarkan untuk perkara- perkara penting seperti minyak kenderaan, bahan mentah, dan sebagainya. Pada masa yang sama, berkaitan pemasaran, mereka hanya mempamerkan reka bentuk trak yang menarik sebagai tarikan orang ramai. Kata mereka, disebabkan trak makanan bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, cara itu sudah memadai untuk memberitahu pelanggan berkaitan perniagaan yang kami jalankan. Selain itu, sebagai orang muda, penggunaan media sosial amat penting kerena medium itu banyak membantu mengembangkan perniagaan yang diusahakan menerusi laman Instagram dan Facebook yang memaparkan lokasi dan jadual pergerakan trak makanan dari semasa ke semasa.

PILIHAN MENU

Pilihan makanan bagi pengusaha foodtruck ini pelbagai bergantung kepada pengusaha kerana terdapat pelbagai pilihan makanan seperti aiskrim sandwich, makanan barat, makanan fusion dan ada yang turut menjual kopi yang dibru segar. Tak kurang ada juga yang menjual makanan tempatan seperti kacang pool, mi rebus, laksa dan sebagainya. Makanan juga dipersembahkan dengan cara yang bersih, kreatif dan chic.

KEUNTUNGAN LUMAYAN

Menurut mereka yang terlibat dalam perniagaan ini, ianya memerlukan komitmen yang tinggi daripada pengusaha bagi memastikan ia dapat digerakkan secara berterusan. Strategi perlu diatur dengan baik agar perniagaan dapat terus berkembang dan dapat bertahan dapat tempoh masa yang lama. Perniagaan ini diyakini dapat menampung kehidupan dan pada masa membawa keuntungan yang memberansangkan jika diusahakan dengan baik. Antara trak makanan sudah mendapat tempat di hati pelanggan adalah The Must Bite Trucks dan Thyme Out.

HALANGAN

Disoal mengenai cabaran dan kesukaran yang dihadapi ketika menjalankan perniagaan trak makanan, komuniti dan persatuan pengusaha trak makanan perlu diperbanyakkan dan diwujudkan bagi mengatasi sebarang masalah yang dihadapi dalam kalangan peniaga. Cabaran utama peniaga adalah terpaksa berdepan kekangan dari pihak tertentu yang memberi kesukaran besar buat peniaga yang memerlukan sokongan pihak berwajib untuk memajukan perniagaan ini. Walaupun kini sudah pergerakan atau komuniti peniaga trak makanan, namun ia masih tak didaftarkan