Idea Bisnes

Idea Bisnes Hujung Minggu

 Servis bakeri.

Bagi mereka yang berminat membuat kek dan manisan, pada hujung minggu ini lah mereka biasanya sibuk membuat dan menghantar tempahan ke majlis hari jadi, perkahwinan dan formal event. Pengusaha hendak lah bijak dalam mengatur masa dan pastikan order yang diterima juga dapat disiap dan dihantar pada masa yang ditetapkan oleh pelanggan. Pelbagai variasi kek, kek cawan, dan manisan pencuci mulut sepeti macaroon, pavlova dan tart yang mempunyai dekorasi pastinya menarik minat sesiapa saja.

 Servis membaiki gajet dan komputer.

Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang IT boleh juga menyediakan servis ini pada hujung minggu. Menukar alat gantian komputer, tab dalam telefon pintar, memformat semula isian komputer. Gunakan media sosial bagi mempromosi servis anda. Tak ramai yang mempunyai kepakaran seperti ini dan biasanya harga servis di kedai juga jauh lebih mahal jadi gunakan lah sebaiknya untuk menjana pendapatan sampingan.

 Servis pemandu separuh masa.

Pada mereka yang suka memandu, jangan siakan hobi dan kenderaan anda terhad untuk kegunaan sendiri saja. Aplikasi Uber di telefon pintar pastinya tidak asing lagi. Servis ini biasanya digunakan oleh mereka yang sibuk dan hanya mempunyai waktu terluang pada hujung minggu. Penumpang juga berkata caj yang dikenakan juga amat lah berpatutan. Bukan saja dari penumpang, pihak pemilik aplikasi servis ini juga akan membayar pada kadar yang agak tinggi. Disini lah anda boleh menggunakan bayaran servis ini untuk membayar ansuran kereta, cukai jalan dan servis kenderaan anda!

 Servis promosi dan review

Siapa kata memjadi popular di media sosial serta mempunyai jumlah followers yang ramai tak ada faedahnya? Eh mesti lah ada Cuma anda perlu bijak mencari peluang Ada juga antara mereka yang popular di media sosial ini didekati oleh online shop, brand popular bagi mempromosi produk keluaran terbaru mereka Dengan pengarh mereka yang kuat di laman sosial, followers mereka tidak teragak – agak membeli busana, aksesori mahupun alat solek yang dipakai oleh social media influencer ini

 Servis photography.

Anda yang memiliki kamera DSLR kerana hobi semata jangan hadkan ianya hanya sebagai hobi. Asah bakat anda and mulakan servis anda sebagai jurugambar pada hujung minggu. Anda juga boleh menyediakan servis photography bajet bagi majlis hari jadi, pre wedding dan majlis perkahwinan tetapi tak mempunyai bajet yang besar untuk mengupah jurugambar professional yang beribu ringgit bayarannya.