Idea Bisnes

Idea Untuk Pereka Grafik Jana Pendapatan Tambahan

Seorang pereka grafik professional mampu mendapat gaji lebih dari RM 282,015.00 setahun. Tapi mereka yang professional sudah tentu telah memiliki pengalaman yang luas serta portfolio yang meyakinkan.

Bagi anda yang masih baru, anda boleh menjual rekaan grafik anda di beberapa marketplace di bawah:

  • 99designs – rekaan logo (dll.) antarabangsa
  • Fiverr – pelbagai pekerjaan ringan, termasuk rekaan grafik bermula dari RM 20

Sebagai pereka grafik, peluang perkerjaan anda tidak terhad pada kawasan tertentu. Anda juga boleh mendapatkan pelanggan dari luar negara.

Kebanyakan pereka-pereka di laman web di atas juga terdiri dari mereka yang masih baru, jadi anda tidak perlu takut juka anda tidak begitu mahir membuat rekaan.