Idea Bisnes

Jana Pendapatan Melalui Jualan Produk Informasi

Produk informasi merupakan produk yang mempunyai nilai berbentuk informasi.

Contohnya, produk ini mungkin adalah buku, ebook, video atau audio.

Sebagai contoh, produk video fitness yang isi kandungannya adalah panduan gerakan senaman, atau ebook tentang cara menurunkan berat badan.

Produk informasi lebih mudah dibuat berbanding dengan produk fizikal, oleh itu anda yang tidak mempunyai sebarang pengalaman pun boleh menghasilkan produk ini.

“Adakah orang yang berminat untuk membeli produk yang boleh didapati secara percuma di internet?”

Ada!

Ramai orang yang sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membeli produk yang berisi informasi. Ini adalah kerana 2 faktor utama:

  • Pertama, kerana isi kandunganya lebih terperinci berbanding artikel di blog.
  • Kedua, kerana panduannya lebih tersusun. Dari A ke B ke C sehinggalah Z.

Tidak semua orang mempunyai masa untuk membaca dan mencari informasi dari ratusan malah ribuan laman web di internet.

Oleh kerana itulah produk berisi informasi menjadi popular.

Untuk menghasilkan produk berisi informasi:

  1. Pastikan bidang kemahiran anda. Anda tidak boleh menghasilkan produk informasi yang berkualiti tanpa memiliki pengetahuan yang luas.
  2. Tentukan apakah permasalahan yang sering dihadapi oleh orang-orang berkaitan dengan bidang kemahiran anda tersebut.
  3. Ciptakan penyelesaiannya dalam bentuk eboom, video atau audio.

Mudah kan?

Jika anda memang mahir tentang sesuatu topik, tidak susah bagi anda menghasilkan produk ini. Cabarannya adalah pada cara anda menjual produk anda.

Masalahnya:

Tidak ada yang berminat untuk membeli buku panduan daripada seseorang yang tidak dikenali atau tidak ternama. “Siapakah anda? Kenapa saya patut percaya pada informasi daripada anda?”

Oleh sebab itulah kebanyakan penjual produk informasi memiliki blog.

Ini adalah beberapa tempat untuk anda menjual produk informasi anda:

  • Clickbank
  • Facebook
  • Di blog / laman web sendiri
  • Di marketplace(seperti mudah.my)

Jika anda mahu menjual secara antarabangsa, gunakan Gumroad atau Clickbank.

Lebih baik menjual di laman web sendiri jika anda sudah mempunyai produk yang berkualiti serta semakin dikenali kerana jika menjual di marketplace bermaksud produk anda bercampur dengan produk lain yang rendah kualitinya.