Idea Bisnes, Keusahawanan, Peluang Bisnes, Perniagaan, Perniagaan Makanan

Kafe Hipster Kualiti atau Kuantiti?

Café hipster ini selalunya tak asing lagi dengan hiasan dalaman dan tema café yang unik dan santai mampu menarik pelanggan dan sangat popular di kalangan remaja. Kawasan bagi café hipster ini adalah lebih tertumpu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dalam masa tiga tahun ini, cafe sebegini dilihat terus menjadi trend dan banyak café juga dibuka menampilkan konsep sebegini. Cari saja di media sosial, pasti ada yang memuat naik gambar mereka yang mengunjungi café hipster ini.

LAYANAN YANG MESRA

Ketepikan sekejap hiasan dalaman yang menarik tu, adakah café hipster ini mempunyai kualiti? Jom kita huraikan satu persatu. Banyak juga di antara café ini menggunakan konsep layan diri, pelanggan masuk kedai dan terus membuat order di kaunter dan makanan akan dihantar ke meja. Tapi ada juga yang menggunakan khidmat pelayan yang mengambil order di meja anda. Staff yang friendly juga membuatkan pelanggan merasa dialukan. Kecekapan service yang diberikan adalah first impression yang penting kepada pelanggan. Siapa saja yang sanggup membuang masa menunggu terlalu lama untuk membuat order, beratur panjang tak kurang juga yang menunggu lama untuk order yang dipesan untuk sampai ke meja.

MENU MENJADI TARIKAN

Café hipster sebegini tak asing juga dengan menu yang baru dan pelbagai, masing masing ingin menampilkan kelainan yang tersendiri dan ingin menu mereka diangkat menjadi trend setter. Dari sarapan, menu makan tengahari dan pencuci mulut semuanya ada. Tak dinafikan ada di antara mereka yang menerima kritikan dari pelanggan dari segi rasa dan saiz hidangan yang dilihat indah khabar dari rupa, namun pengusaha café ini harus mengambil setiap kritikan sebagai nasihat untuk mereka menambah baik kualiti makanan untuk terus kekal berdaya saing. Salah satu café yang dilihat berkembang maju dalam perniagaan ini adalah Wood & Steel yang kini sudah pun mempunyai tiga cawangan di sekitar Selangor. Selain giat menambah pilihan menu, mereka juga menghasilkan perabut yang menghiasi dalaman cafe tersebut dan bukan itu saja, mereka juga turut menjual perabut kepada umum.

HARGA, BERPATUTAN KE?

Topik paling hangat dan menjadi bualan di kalangan pelanggan adalah dari segi harga. Ada yang berpendapat café sebegini mengenakan harga yang tinggi setanding dengan jenama café yang sudah dikenali umum seperti Starbucks Coffee. Mana taknya, ada yang merasakan café hipster ini menjual minuman yang tidak setanding dari segi rasa namun tetap mengenakan harga yang dirasakan tak berbaloi. Keadaan yang sama juga berlaku kepada makanan. Berbaloikah membayar sejumlah wang untuk makanan yang belum tentu menepati citarasa anda? Tepuk dada, tanya selera.

Sebagai pengusaha café hipster yang baru menceburi bidang ini, tak salah untuk mengambil setiap kritikan pelanggan sebagai panduan dalam anda memajukan perniagaan, meningkatkan mutu perkhidmatan, kualiti makanan serta minuman dan meletakkan harga yang berpatutan.