Idea Bisnes, Perniagaan

Mesin Cutting Sticker Untuk Bisnes Di Rumah

Mesin cutting sticker untuk bisnes di rumah? Macam mana rupanya? Berapa harganya? Bagaimana mesin ini dapat menjana keuntungan? Baca selanjutnya artikel ini.

Mesin cutting sticker untuk bisnes di rumah ini merupakan mesin cutting sticker yang berpatutan harganya, dan sesuai digunakan untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Perniagaan yang dimaksudkan termasuklah membuat motif pada sarung bantal, T-shirt, kad ucapan eksklusif dan label (sticker) untuk kegunaan harian. Selain itu, ianya juga boleh digunakan untuk meletakkan gambar pilihan pelanggan pada apron, beg dan mug.

Penghasilan produk-produk tersebut boleh dibuat di rumah sebagai perniagaan sampingan. Mesin cutting sticker yang paling sesuai untuk menjalankan perniagaan di rumah (home industry) adalah Silhouette Cameo.

Cameo merupakan mesin cutting sticker buatan Graphtec yang terkenal di dunia sebagai pengeluar mesin cutting kelas premium.

Cameo mempunyai saiz yang sama dengan printer deskjet biasa dengan berat lebih kurang 5kg. Oleh itu Cameo dapat dialih dengan mudah dan boleh diletakkan di mana saja. Ianya mudah digunakan; hanya sambungkan ke laptop atau PC.

Cameo mempunyai kelajuan mencetak 10cm persegi sesaat. Ia mempunyai daya potongan 210gf; cukup untuk memotong kertas, bahan membuat kad, vinyl (sticker) dan kain. Luas permukaan pemotongan maksimum adalah 30.4cm x 30.4cm; lebih dari cukup untuk membuat gambar untuk ditampal/dicetak ke atas T-shirt, sarung bantal, apron atau langsir (gordyn).

Cameo dijamin tidak akan mengganggu ketenteraman suasana di rumah anda semasa digunakan. Ia mengeluarkan bunyi yang tidak kuat, maka tidak akan mengganggu anak-anak anda yang sedang tidur atau sedang belajar. Sesuai sekali untuk digunakan di rumah kan?

Penjagaan mesin Cameo sangat mudah dan murah. Anda hanya perlu menggantikan mata pisau pemotongnya setelah digunakan untuk memotong bahan sepanjang ribuan meter.