Idea Bisnes, idea bisnes luar biasa, Peluang Bisnes

Peluang Perniagaan Button Badge – Modal Ringan Hasil Lumayan

5 Alasan Kenapa Memilih Perniagaan Button Badge

1. Pasarannya Cukup Besar Dan Meluas

Jika dibandingkan dengan perniagaan stamping, pasaran untuk badge pin memang lebih kecil. Namun jangan berkecil hati kerana tempahan besar mampu datang tiba-tiba, contohnya: saat pilihanraya, kempen, minggu olahraga, persatuan dan lain-lain.

2. Untungnya Tinggi Hingga Ribuan Peratus

Perniagaan Button Badge mampu mengaut keuntungan ratusan hingga ribuan peratus juga.

Contoh: Sebuah pin badge dengan kos pembuatan hanya dari RM0.50, dapat dijual dengan nilai RM5 Secara peratusan, keuntungannya sudah ratusan peratus. Lumayan kan? Jika ada rezeki, kadang kala satu perniagaan mampu mendapat pesanan 50 – 1, 000 button badge untuk promosi produk.

3. Risiko Usaha Kecil Kerana Modalnya Rendah

Modal untuk memulakan perniagaan Button Badge juga sangat ringan. Ia cuma memerlukan mesin Button Badge manual tanpa elektrik yang tahan bertahun-tahun lamanya.

4. Balik Modalnya Cepat – Bahkan Dalam Beberapa Hari Sahaja

Perniagaan Button Badge adalah perniagaan kecil dan menengah yang cukup cepat dalam pengembalian modalnya. Keuntungan ratusan hingga ribuan peratus dengan modal ringan membuatkan perniagaan ini cepat mencapai BEP (Break Even Point).

5. Proses Pembuatannya Cepat – Waktunya Cukup Singkat Untuk Dihasilkan

Untuk membuat pin badge, prosesnya sangat mudah dan memerlukan waktu 2 – 3 minit. Setelah anda semakin mahir, maka waktu yang diperlukan untuk membuatnya  akan semakin singkat.

Ada Berapa Jenis Pin Badge Yang Boleh Dibuat ?

1. Button Badge Bulat

2. Button Badge Gantungan Kunci

3. Button Badge Kartun

4. Button Badge Bersegi, Bujur, dan lain-lain

Apakah Idea Aplikasi Button Badge Yang Lain?

Kami menyarankan beberapa idea aplikasi badge nama (lencana) yang di antaranya seperti berikut:

1. Button Badge Promosi Produk / Lokasi Pelancongan.

2. Button Badge Gantungan Kunci Untuk Promosi

Untuk memulakan perniagaan Button Badge, sila Klik Sini