Idea Bisnes

Tips Bisnes Perkhidmatan Menjahit

Kemahiran menjahit adalah satu kemahiran yang boleh mengaut keuntungan yang besar jika tahu akan caranya. Namun begitu, dalam memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai, empunya bisnes juga perlu memilih pemikiran bisnes strategik supaya dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan dan kelangsungan bisnes.

Sediakan ukuran saiz pada iklan

Sekiranya anda mengambil tempahan jahitan melalui laman sosial, letakkan saiz ukuran standard untuk pakaian. Contohnya ukuran bahu untuk baju kurung bersaiz S ialah 14cm hingga 16cm. Dengan cara ini, anda akan lebih mudah melayan pelanggan anda daripada asyik menjawab pertanyaan yang ditanya melalui media sosial.

Ambil dan latih pekerja untuk menjahit

Anda tidak semestinya perlu mengambil pekerja yang sudah tahu mengendali mesin jahit, tetapi pekerja yang mahir kemahiran jahitan asas seperti jelujur, sembat benang dan sebagainya sudah cukup untuk membantu anda dalam bisnes jahitan anda. Anda boleh mengurangkan kos jahitan serta menambahkan keuntungan anda dengan cara mengambil dan melatih tukang jahit yang tepat.

Pentingkan kualiti dari kuantiti

Dalam menguruskan tempahan, pentingkan kualiti dari kuantiti. Sekiranya pakaian siap lewat dari tarikh yang dijanjikan, minta maaf kepada pelanggan dan cuba siapkan secepat mungkin dengan teliti. Hal ini kerana pelanggan lebih suka pakaian yang berkualiti daripada pakaian yang cepat siap tetapi kurang enak dipakai. Sentiasa bersikap terbuka sekiranya pakaian yang anda jahit tidak memenuhi kepuasan pelanggan.

Tetapkan syarat yang munasabah

Ambil tempahan mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda mempunyai tempahan yang banyak dan di luar kemampuan anda, minta maaf pada pelanggan seterusnya supaya pelanggan tidak akan rasa kecewa. Sebagai contohnya, nyatakan dengan jelas bahawa anda tidak mengambil tempahan baju kurang 3 bulan sebelum Hari Raya. Dengan cara ini akan akan dapat menjahit pakaian tempahan dengan baik pada jangka masa yang sesuai dengan kemampuan jahitan anda.

Pelbagaikan jahitan

Ikuti trend fesyen terkini supaya anda tidak ketinggalan. Cadangkan design jahitan yang sesuai bagi bentuk badan pelanggan seperti gemuk, kurus, tinggi, pendek dan sebagainya. Selain itu, gunakan material pakaian yang mudah dijahit kerana boleh memendekkan jangka masa jahitan anda.