Idea Bisnes

Tips Menjadi Penerbit Iklan untuk Mendapatkan Pendapatan Semi-Pasif

Anda tahu mengapa terdapat banyak informasi percuma di internet?

Kenapa ada orang sanggup menulis artikel-artikel yang menarik, kemudian diterbitkan secara terbuka di blog.

Ini adalah kerana mereka sebenarnya mendapat pendapatan daripada membuat iklan.

Inilah peluang berniaga yang paling terkenal bagi mereka yang suka menulis dan berkongsi ilmu pengetahuan.

Skop kerjanya adalah seperti berikut:

Anda membuat laman web > memaparkan kod iklan > iklan akan muncul secara automatik > pengunjung laman web menekan klik di iklan > anda mendapat komisyen

Mudah kan?

Hanya copy-paste, kemudian iklan akan muncul secara automatik. Setiap kali ada pengunjung yang klik pada iklan tersebut, anda akan mendapat komisyen.

Oleh sebab itulah jenis perniagaan begini menjadi sangat terkenal.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah:

  • Membuat isi artikel yang berkualiti
  • Menjemput orang lain mengunjungi laman web anda dan memca artikel penulisan anda

Untuk menjadi seorang penerbit iklan yang berjaya, anda HARUS mempunyai isi artikel yang berkualiti. Google tidak akan menerima laman web yang berkualiti rendah.