Kerjaya, Lifestyle

Ciri-ciri Iklan Jawatan Kosong yang Palsu

Ramai di kalangan pencari pekerjaan menghadapi persaingan sengit untuk mendapatkan jawatan di organisasi tertentu. Mereka yang mencari pekerja sudah tentunya mempunyai pekerjaan tertentu yang mereka inginkan. Namun begitu tidak semua iklan jawatan kosong yang disiarkan adalah sahih bahkan ada juga yang berbentuk penipuan.

Mereka yang mencari pekerjaan harus berhati-hati. Ini kerana ada kemungkinan juga berlaku penipuan.

Daripada laporan Jobstreet.com, berikut adalah ciri-ciri iklan jawatan kosong yang mencurigakan.

  1. Jawatan kosong yang berbentuk penipuan mungkin menyuruh anda membayar semua kos yang timbul selama proses rekrutmen. Oleh itu anda perlu berhati-hati dalam memohon pekerjaan ini.

 

  1. Syarikat tersebut tidak mempunyai laman web rasmi atau media sosial yang menjelaskan profil dan kegiatan perniagaan tersebut.

 

  1. Meminta maklumat peribadi seperti akaun bank, nombor kad pengenalan dan alamat rumah sebelum mendapat pengesahan untuk temuduga.

 

  1. Penawaran kerja yang terlalu baik dan menawarkan gaji tinggi yang tidak wajar.

 

  1. Penawaran kerja diberi walaupun anda tidak pernah membuat permohonan dan tidak berkaitan dengan kelayakan anda.

 

  1. Penawaran kerja tanpa menjalani proses temuduga.

 

  1. Jemputan temuduga yang tidak memberikan penjelasan tentang jawatan yang ditawarkan.

 

  1. Tawaran pekerjaan yang tidak sesuai dengan maklumat yang diberikan semasa proses rekrutmen.

 

  1. Alamat e-mail syarikat yang umum dan tidak sama dengan alamat e-mail yang dinyatakan dalam laman web rasmi syarikat tersebut.

 

  1. Komunikasi e-mail yang tidak profesional dan tidak menyatakan cara menghubungi syarikat seperti nombor telefon dan alamat pejabat.