Kerjaya, Keusahawanan

Kerjaya Dalam Bidang Perakaunan

 

Business meeting

Akauntan menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini serta masa depan individu, perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan. Selain menyediakan penyata kewangan dan merekodkan urusniaga perniagaan, mereka juga mengira kos dan keuntungan, mengambil bahagian dalam memantau prestasi kewangan, strategi, cukai, pengurusan pekerja.

Apabila anda mula mempertimbangkan kerjaya dalam bidang perakaunan, mungkin semasa berada di tahun akhir pengajian anda berfikir bahawa anda hanya layak menjadi seorang akauntan sahaja. Memang benar anda boleh mendapat segulung ijazah dalam bidang perakaunan dan menjadi seorang akauntan umum, memandangkan ia merupakan salah satu daripada banyak pilihan yang sedia ada. Sebenarnya terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang perakaunan seperti pengauditan, pengurusan dasar, sistem maklumat, cukai, operasi komputer, dll.

Bidang utama bagi Kerjaya Perakaunan

Audit: Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.

Analisis Bajet: Seorang penganalisa bajet bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik untuk tugas ini bersama-sama dengan kemahiran kerana ia melibatkan tugas rundingan.

Kewangan: Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.

Pengurusan Perakaunan: Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.

Cukai: Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

Jenis-jenis Kerjaya Perakaunan

Firma Perakaunan: Satu kumpulan akauntan bekerja dalam satu firma yang menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada individu, perniagaan dan kerajaan. Terdapat beberapa firma utama yang dominan dalam bidang ini. Kerjaya perakaunan awam akan memberi anda permulaan yang baik di mana anda boleh mendapat menimba pengalaman sebelum mengorak langkah yang lebih jauh.

Kerajaan: Akauntan Kerajaan boleh bekerja di peringkat mana-mana jabatan kerajaan. Menyediakan belanjawan, kos dan menganalisis inisiatif kerajaan.

Sektor Korporat: Kebiasaannya mempunyai seorang akauntan atau jabatan perakaunan yang menyediakan penyata kewangan, kos, mengendalikan cukai dan juga urusniaga utama.

Bebas: Bekerja sebagai akauntan bebas bermaksud menjana pendapatan melalui perniagaan anda sendiri.

Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menyediakan Kursus Perakaunan peringkat Ijazah & Diploma:-

  1. Universiti Malaya
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Teknologi MARA
  4. Universiti Sains Malaysia
  5. Universiti Putra Malaysia
  6. Universiti Malaysia Sarawak
  7. Universiti Malaysia Sabah
  8. Universiti Islam Antarabangsa