11 Pesanan Jack Ma (Pengasas Alibaba dan Orang Terkaya di China) Untuk Mereka Yang Ingin Berjaya

0
783

Jika di negara Amerika dan Eropah, pasaran e-commerce dikuasai oleh Amazon, manakala di negara Asia pula dikuasai oleh e-commerce dari China, iaitu Alibaba. Pengasas Alibaba adalah Jack Ma, orang kedua terkaya di China yang Berjaya dalam bidang pemasaran online setelah mendapat inspirasi dari internet.

Siapa sangka, Jack Ma yang nama sebenarnya adalah Ma yun ini ternyata kurang cemerlang dari segi akademiknya dan permohonan beliau ditolak oleh banyak kolej dan akademi pengajian. Beliau juga selalu ditolak ketika memohon pekerjaan. Akhirnya beliau menamatkan pengajiannya di university yang tidak berprestij dan berkerja sebagai guru Bahasa Inggeris.

Jika anda mengamalkan pesanan beliau ini ketika anda miskin, walaupun tidak menjadi seorang jutawan, sekurang-kurangnya anda pasti tetap akan Berjaya. Biasanya anda melakukannya dengan cara salah, maka sebaliknya inilah yang perlu anda lakukan.

  • Ketika miskin, kurang luangkan masa anda di rumah, perbanyakkan kegiatan di luar. Apabila sudah kaya, perbanyakkan waktu di rumah, kurangkan kegiatan anda di luar rumah. Ini adalah “Seni Kehidupan.”
  • Ketika miskin, gunakanlah wang ringgit anda untuk orang lain, ketika kaya gunakanlah wang ringgit anda untuk keluarga dan orang-orang yang anda sayangi! Ramai orang yang mengamalkan hal ini tetapi dengan cara terbalik.
  • Ketika miskin, berbuat baiklah terhadap orang lain, ini barulah namanya orang miskin tetapi bijak. Ketika kaya, harus belajar membuatkan orang lain baik terhadap anda dan anda harus lebih baik terhadap orang lain. Ini adalah cara hidup yang sangat indah, tapi tidak ramai orang yang memahami.
  • Ketika miskin hiduplah dalam kesederhanaan, tapi ketika kaya, jangan menunjuk-nunjuk. Hidup anda akan kembali menjadi sederhana, hidup anda akan menjadi tenang.
  •  Masa muda adalah kekayaan paling besar, hargailah setiap waktu dalam kehidupan, jangan takut pada kemiskinan! Yang penting anda harus tahu bagaimana untuk melatih diri, perkara apa yang perlu diutamakan, apa yang harus dilaburkan dan bila masanya anda perlu berjimat.
  • Jangan sewenang-wenang membeli pakaian, anda boleh beli sedikit, tapi belilah yang tinggi kualitinya. Perbanyaklah makan dengan orang luar, anda harus berani mengeluarkan wang ringgit dan belanja orang-orang yang lebih banyak berkhidmat dan berkerja keras daripada anda.
  • Ketika wang simpanan untuk kehidupan anda sudah cukup, kebahagiaan terbesar adalah menggunakan wang hasil kerja keras anda sendiri untuk mencapai impian anda! Lebarkanlah sayap anda, kejar impian anda dan biarkan hidup anda melalui perjalanan hidup yang berbeza.
  • Kebahagiaan pasti akan hadir dalam kehidupan semua orang, selalulah muhasabah diri serta perbaiki kesalahan diri, maka anda akan perlahan-lahan melupakan bagaimana orang lain menjalani kehidupan mereka.
  • Tolong jangan sewenang-wenangnya mengkritik saya, kerana anda hanya tahu nama saya, tapi tidak tahu kisah hidup saya. Anda hanya mendengar apa yang saya lakukan, tapi tidak pernah tahu apa yang saya lalui.
  • Seseorang yang sangat kuat, tidak akan pernah menghabiskan waktu untuk mengambil hati orang lain. Mengenai perhubungan, itu semua hanyalah pelengkap, perkara yang paling penting adalah bagaimana anda meningkatkan kemampuan dalam diri sendiri. Orang hanya akan datang kepada anda setelah anda memperbaiki diri sendiri. Contohnya, anda sudah menjadi pokok yang rimbun, barulah burung-burung akan datang. Anda sudah menjadi lautan, barulah segala aliran akan berkumpul pada anda. Anda harus mencapai suatu tingkat terlebih dulu, baru boleh mendapatkan perhubungan yang berbaloi, bukan sebaliknya!
  • Tidak ada sesiapa yang boleh menemani anda seumur hidup, maka anda perlu biasakan diri dengan hidup berdikari. Tidak ada sesiapa yang boleh membantu anda seumur hidup, maka anda perlu selalu berjuang.

Sejak awal lagi, Jack Ma sedar bahawa Alibaba seperti harta karun. Penggaliannya memerlukan masa bertahun-tahun sehingga hasilnya boleh dinikmati sekarang ini.