Keusahawanan

5 Orang Selebriti Ini Pernah Gagal Dalam Bisnes. Cuba Belajar Sesuatu Daripadanya

Wajah yang popular tidak dapat menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. Inilah yang dinamakan bisnes atau perniagaan. Ianya perlu diurus secara konsisten, mempunyai rancangan jelas dan strategi yang mampu dilakukan.

Berikut adalah 5 selebriti Hollywood yang pernah gagal dalam menguruskan perniagaan mereka dan apa yang boleh kita pelajari darinya.

Pentingnya imej: Kanye West

Penyanyi hip hop Kanye West melancarkan rangkaian pakaian wanita jenama DW pada tahun 2011. DW diperkenalkan semasa Paris Fashion Week pada bulan Oktober dan terbantut dari mula lagi. Terdapat banyak penjelasan berkenaan kegagalan West dan tidak semuanya berkaitan dengan pakaian. Ketika itu imej West masih buruk di kalangan ramai, terutamanya wanita. Ini berikutan aksinya melompat di atas pentas dan merampas mikrofon dari Taylor Swift yang ketakutan sewaktu MTV Video Music Awards 2009 di mana Kanye turut mengatakan bahawa anugerah tersebut sepatutnya dimenangi oleh Beyonce. Selain itu, harga pakaian West lebih mahal daripada rangkaian pakaian selebriti lain. Walaupun gagal, Kanye West berjanji untuk kembali dengan rangkaian pakaian barunya di musim gugur.

Kegagalan adalah suatu risiko: Jennifer Lopez

JLo adalah salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya di kalangan selebriti. Namun hal ini tidak membuatkannya terlepas dari kegagalan bisnes. Dua rangkaian pakaiannya diberhentikan. Yang pertama, diberi nama JLo by Jennifer Lopez. Ia dilancarkan pada tahun 2001 dan laris di seluruh dunia sehingga tahun 2007, ketika dia tiba-tiba menutupnya dan menggantinya dengan rangkaian pakaian baru yang berjenama JustSweet yang juga terpaksa ditutup pada tahun 2009. Meskipun diumumkan sebagai “hiatus” dimana Lopez memerlukan masa untuk membuat dan menilai semula rekaan barunya, namun ramai yang mengetahui punca sebenarnya adalah kritikan keras dari PETA kerana penggunaan bulu binatang dalam koleksinya. Meskipun JLo masih dijual di luar Amerika Syarikat, namun sejak saat itu, Lopez belum mengeluarkan koleksi busana lain.
Pada tahun 2002, Lopez juga membuka restoran masakan Latin di Pasadena, California. Tidak lama selepas kelahiran bayi kembarnya pada tahun 2008, restorannya tiba-tiba ditutup tanpa pengumuman rasmi. Sehingga kini ia disyaki mengalami kemuflisan.

Cashflow yang terhenti membawa padah: Hulk Hogan

Pada akhir 80an dan awal 90an, wajah Hulk Hogan terpampang di pelbagai benda dari kotak makanan hingga kotak berus gigi. Pada tahun 1995, Hogan membuka restoran Itali di Mall of America. Oleh kerana kemahsyurannya, restoran itu banyak diiklankan melalui Federasi Gusti Dunia. Meskipun dengan hype yang tinggi, restoran itu ditutup dalam masa kurang dari setahun. Penjelasannya adalah masalah cashflow yang serious.

Perniagaan sepatutnya tidak bertentangan dengan sifat pemiliknya: The Kardashian.

Pada tahun 2010, Geng Kardashian dengan gaya hidup hedonistik, suka berpesta dan boros, memutuskan untuk memasuki pasaran bursa kewangan dengan memperkenalkan kad debit prabayar. Target pasarannnya adalah peminat mereka. Kad debit ini harus dibeli dengan nilai sekitar $100 dan mempunyai kos bulanan serta kos tambahan lain setiap kali kad itu dimuatkan. Kad ini tidak begitu berjaya dan Attorney General Connecticut mendapati adanya aliran kos yang tinggi. Kad ini dengan cepat diberhentikan dan Kardashian bersikap seolah-olah tidak terjadi apa-apa.

Ada asap, ada api. Masalah harus dikenalpasti dengan cepat sebelum ia kelihatan: Britney Spears
Perniagaan restoran boleh jatuh bangun dengan cepat, tetapi kegagalan NYLA, restoran bertemakan Manhattan milik Britney Spears, hanya mengambil masa kurang dari enam bulan. NYLA (kombinasi New York dan Louisiana) dibuka pada bulan Jun 2002, dengan fokus pada hidangan tempat asal Spears di Louisiana. Chefnya tidak setuju dan mula mengambil tindakan sendiri. Dia mula menyajikan makan di luar tema menu dan menyajikan makanan gaya Itali. Reputasi restoran cepat runtuh. Akan tetapi, kemuncak kegagalannya adalah apabila terlibat dalam kes pelanggaran kod kesihatan yang serius. Meskipun chef baru dibawa masuk untuk memperbaiki tempat itu, ternyata ia sudah terlambat. Pada usia 21 tahun, Spears belum memiliki pengalaman yang cukup dalam mengelola perniagaan restoran.

Kemahsyuran bukan penjamin kejayaan perniagaan.