5 Rahsia Kejayaan Ala Bill Gates

0
370

5 Rahsia Kejayaan Ala Bill Gates

Anda sudah tentu pernah mendengar tentang William Henry Bill Gates?  Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Bill Gates ini adalah seorang pengasas Microsoft sejak tahun 1975 hingga sekarang. Siapa yang akan menyangka bahawa Bill Gates yang sudah berjaya dan termasuk salah satu orang terkaya versi majalah Forbes ini tidak pernah menyelesaikan pembelajarannya di Universiti Harvard. Perlahan namun pasti, akhirnya Microsoft menjadi perusahaan software yang berjaya dan terkenal di seluruh dunia.

Lalu, apa rahsianya? Inilah 5 rahsia kejayaan ala Bill Gates yang boleh anda tiru dan ikuti.

  1. Membaca

Salah satu buku karangan Bill Gates adalah “Road to Success”, dia mengatakan, “have such a sense of curiousity about the world helps anyone to succeed, no matter what job they choose”. Bill Gates berpendirian bahawa suka membaca merupakan salah satu faktor daripada kejayaan. Dan hal ini telah terbukti pada Bill Gates sendiri yang gemar membaca buku dan mencari maklumat daripada buku yang dibacanya sejak remaja lagi.

  • Tidak berlengah-lengah

Salah satu quotes dari Bill Gates mengenai kejayaan adalah “if you’re in the right place at the right time and had a vision of where technology will go but take no action, you will never be successful”. Bill Gates tidak pernah melengahkan apa yang akan dilakukannya dan Bill Gates Alan berusaha untuk menyiapkan segala idea dan perancangan yang telah dibuat. Ini patut dicontohi. Kerana semakin cepat sebuah idea disiapkan, maka teman-teman boleh mengetahui hasilnya dengan lebih cepat. Jika gagal, teman-teman boleh cepat-cepat memperbaikinya.

  • Melihat ke hadapan

Penting bagi teman-teman untuk melihat ke hadapan seperti Bill Gates. Ternyata Bil Gates telah meramalkan bahawa pada masa hadapan akan ada banyak orang yang akan menerajui dalam bidang perniagaan. Inilah yang menginspirasikan Bill Gates untuk mencipta produk-produk yang lebih menarik jika dibandingkan dengan produk pesaingnya.

Bill Gates selalu merancang dan menulis matlamat yang ingin dicapainyaInilah yang perlu diteladani daripada beliau. Oleh kerana itu, anda juga harus memikirkan dan menuliskan matlamat yang ingin dicapai dalam bidang perniagaan anda. Dengan cara itu,anda akan melihat dengan jelas garis panduan yang perlu dijalankan dalam perniagaan.

  • Mendengar

Bill Gates tidak pernah menganggap remeh terhadap kritikan dan aduan yang dilontarkan oleh pelanggan-pelanggannya. Bahkan, hal yang membuatnya gembira adalah aduan daripada pelanggan.  Kritikan dan aduan tersebut dianggap sebagai bahan penilaian prestasi pasukan kerja dan produknya. “Your consumers who most unhappy are the largest source for you to learn”, itulah yang diungkapkan oleh Bill Gates.

  • Mempelajari teknologi

Semakin tinggi sesuatu teknologi, semakin boleh sesuatu perniagaan berkembang di dunia. Inilah yang membuat Bill Gates percaya bahawa teknologi akan selalu membantu kehidupan manusia. Bill Gates juga menasihatkan agar generasi muda tidak malas untuk mempelajari teknologi. Kerana setiap minit selalu ada yang baru daripada teknologi.

Bill Gates berpendapat, “if you see the most interesting things that emerged in the last decade, whether it’s cool things like portable music players and video game or something more practical like smartphone and medical technology, all of which come from the fields of science and technology”.