5 Tips Kejayaan dari Kolonel Sanders

0
308

Semua orang tahu tentang restoran makanan segera ayam goreng KFC yang diasaskan oleh Kolonel Sanders, yang merupakan perniagaan franchais yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Kehadirannya kini terdapat di 80 buah negara.

Apakah tips kejayaan Kolonel Sanders?

Belajar untuk menyukai pekerjaan anda

Pada tahun 1900, di usia 10 tahun, Sanders mendapat pekerjaan pertamanya di sebuah ladang ternakan. Tidak lama selepas itu beliau dipecat. Beliau mengambil keputusan untuk berusaha memuaskan hati majikannya dengan bekerja lebih masa dan menghabiskan sebanyak kerja yang mampu. Kemudian dia bekerja dengan seorang peladang berbangsa Jerman bernama Henry Monk. Untuk menebus kesalahannya, Sanders bekerja keras di ladang Monk dan menyedari bahawa di suka “menderita untuk berjaya”. Tanggapan beliau tentang kerja keras adalah: “Jika sudah menjadi kebiasaan, kerja keras adalah mudah”.

Jangan takut bertukar pekerjaan

Sebelum Sanders menjadi Kolonel, dia telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Antaranya sebagai pemadam kebakaran lokomotif, pekerja kereta api, jurujual insuran, ahli obstetrik amatur dan pengendali kapal feri. Sanders berusia 65 tahun ketika memulakan franchais KFC. “Jangan berhenti di usia 65, mungkin perahu anda belum berlabuh,” katanya dalam satu wawancara. Teruskan pencarian sehingga anda menjumpai sesuatu yang anda amat minati. Anda mungkin akan mencipta kejayaan besar dalam bidang tersebut.

Mempunyai Nilai Tambahan

Apa yang pelanggan harapkan daripada produk atau perkhidmatan anda? Sekarang, tambahkan nilai pada produk anda. Sebagai contoh, ketika Sanders mengambil alih sebuah pekhidmatan stesen minyak (Standard Oil), penduduk tempatan tidak mahu membeli minyak dari pendatang baru di kawasan mereka. Sanders perlu mencari cara untuk membuat penduduk tempatan menyukainya.

“Saya teringat suatu ketika semasa menjadi penjual tayar, saya berhenti di sebuah stesen mengisi minyak dan mereka memberikan suatu layanan yang tidak pernah dibuat di tempat lain. Mereka membersihkan kaca depan kereta saya. Mudah sahaja,” ujar Sanders.

Orang ramai hanya berharap untuk mengisi minyak kenderaan mereka, tetapi sebaliknya mereka turut mendapat perkhidmatan membersihkan kaca depan kereta. Malah, Sanders menawarkan lebih dari itu dengan memberikan khidmat mengepam udara tayar mereka. Orang ramai datang dari semua tempat untuk mendapatkan perkhimatan lengkap ini. Penjualan stesen minyak tersebut mencatat rekod jualan baru dengan pertambahan tiga kali ganda.

Mulakan Dari Sesuatu Yang Ringkas dan Lakukan Yang Terbaik

Seiring dengan prinsip di atas, “lakukan apa yang anda mampu, dan lakukannya sebaik mungkin.” Sanders menggunakan bakat memasak yang sederhana dan melakukan sebaik-baiknya. Beliau menyediakan sebuah meja makan dan enam kerusi di sebuah ruangan yang bersebelahan dengan stesen minyaknya dan mula menyajikan makanan panas kepada para pelanggan yang lapar.

Minat terhadap teknologi dan eksperimen

Pada tahun 1939, periuk tekanan (pressure cooker) diperkenalkan dan tidak lama kemudian Sanders mulai membuat eksperimen dengan memasak ayam goreng. Dan ini membuahkan kejayaan. Pada tahun 1940 beliau telah menyempurnakan resepi rahsia dari 11 ramuan tumbuhan dan rempah-ratus, dan mampu memasak ayam goreng segar dalam tempoh kurang dari lapan minit. Inovasi boleh memajukan perniagaan anda.

Demikianlah tips-tips kejayaan dari pengasas restoran makanan segera yang terkenal di dunia. Semoga ia berguna untuk anda.