Bagaimana Sam “Wal-Mart” Walton Membina Empayar Perniagaannya?

0
753

Sam Walton merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di dunia yang berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan pengasas perniagaan gudang membeli belah Wal-Mart.
Perniagaannya ini tersenarai sebagai syarikat umum ketiga terbesar di dunia menurut Fortune 500 Global pada tahun 2012.

Jumlah kekayaan yang ditinggalkan Walton ketika meninggal dunia pada tahun 1992 hampir $25 billion USD. Dan sehingga sekarang Wal-Mart memiliki 8, 500 gudang di 15 negara di bawah nama yang berbeza-beza.

Berdasarkan kejayaan inilah membuatkan Walton dapat mengongsikan formulanya dengan para usahawan muda bagi membangunkan perniagaan yang berjaya.

Berikut merupakan sepuluh panduan yang menjadi inspirasi Sam Walton untuk membangunkan perniagaan yang berjaya:

[auth]

1. Sentiasa Komited Dalam Perniagaan

Sekiranya anda sentiasa komited dalam perniagaan, saya yakin anda akan menghampiri kejayaan. Selain daripada itu, anda harus menyukai apa yang sedang anda lakukan sekarang dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam perniagaan tersebut.

2. Bahagikan Keuntungan Anda dengan Rakan Sekerja, dan Anggaplah Mereka Sebagai Rakan Kongsi

Apabila anda membahagikan keuntungan dengan rakan sekerja dan menganggap mereka sebagai rakan kongsi, ini akan menaikkan semangat mereka untuk berusaha mencapai lebih daripada target yang ditetapkan. Yang paling penting, anda dapat mengawal kerja dari rakan perniagaan supaya sentiasa bersemangat melakukan kerja.

3. Motivasikan Rakan Sekerja Anda

Mengongsikan keuntungan dengan rakan sekerja, boleh dikataka tidak mencukupi. Berikan motivasi kepada para pekerja anda untuk meningkatkan daya saing dalam perniagaan. Jika perlu berikan cabaran yang mampu mencabar kebolehan pekerja anda agar perniagaan dapat dijalankan dengan lebih bersemangat lagi.

4. Sentiasa Berkomunikasi dengan pekerja anda

Aliran maklumat adalah salah satu perkara penting dalam sesebuah perniagaan. Maklumat yang berkenaan perlu dikongsi sesama perkerja. Semakin banyak yang mereka tahu, semakin faham mereka dalam mengerjakan tugas. Semakin mereka faham, maka semakin mereka mengenali kehendak anda. Melalui pemahaman ini, mereka akan menjadi lebih taat dalam menjalankan tugas. Ini merupakan salah satu faedah daripaha komunikasi yang kerap dengan para pekerja.

5. Hargailah Rakan Sekerja Anda

Menghargai rakan kerja adalah suatu perkara yang harus diutamakan para pemilik perniagaan. Ini kerana menghargai rakan sekerja salah satu cara untuk membangunkan perniagaan yang berjalan lancar.

6. Raikan Kejayaan Anda

Meraikan kejayaan adalah titik awal dalam meraih keberhasilan, apatah lagi meraikan kejayaan besama dengan rakan sekerja yang turut menambahkan nilai perniagaan anda.

7. Cuba Dapatkan Pendapat Baik dan Buruk Daripada Pekerja

Jika anda berada dalam perniagaan retailer, dan melibatkan pekerja barisan hadapan (front-liner) khidmat pelanggan, tanyakan mereka apakah pendapat/aduan yang diterima daripada para pelanggan, tidak kiralah aduan negative mahupun positif. Selain daripada itu, minta pendapat mereka tentang bagaimana perniagaan boleh diperkembangkan.

8. Memuaskan Hati Pelanggan

Banyak perkara dapat dilakukan bagi mejaga hati pelanggan, salah satunya adalah perkhidmatan yang baik dan memuaskan. Jika anda mampu berbuat demikian, mereka akan sentiasa dating kembali. Selain itu, cuba penuhi kehendak mereka seperti program diskaun dan sebagainya. Wal-Mart mempunyai slogan yang penting berkenaan dengan memuaskan hati pelanggan iaitu, ‘Kepuasan Dijamin’.

9. Harus mampu mengendalikan pembiayaan keluaran dan lebih baik dari kompetitor

Selama dua puluh tahun beroperasi, Wal-Mart tersenarai di tangga pertama dalam industri retailer yang memiliki nisbah terendah daripada kos pengeluaran. Sentiasa cuba untuk mencapai keunggulan dalam mengekalkan persaingan dari segi kos pengeluaran. Satu cara adalah dengan menjalankan kerja dengan efisyen.

10. Cuba terokai idea yang berlainan

Biasanya banyak perniagaan dijalankan mengikut idea-idea yang sama, sehingga wujudnya persaingan yang semakin sengit. Cuba terokai idea yang berlainan daripada idea yang sedia ada, sememangnya akan wujud halangan sekiranya bertindak dengan cara yang berlainan. Tetapi, anda harus percaya yang idea tersebut akan membuahkan perniagaan yang berjaya.

[/auth]