Biografi Jan Koum – Kisah berinspirasi dari Pengasas WhatsApp

0
240

Aplikasi WhatsApp merupakan salah satu aplikasi penghantar mesej segera yang paling popular di seluruh dunia. Tahukah Anda siapa pengasas WhatsApp? Ya betul, Jan Koum adalah pengasas WhatsApp, beliau lahir dan membesar di Ukrain dan berasal dari keluarga yang miskin. Ketika berusia 16 tahun, beliau nekad berpindah ke Amerika Syarikat demi mengejar apa yang kita kenal sebagai “American Dream”.

Pada usia 17 tahun, beliau hanya mampu makan dari jatperuntukkan kerajaan. Beliau hampir-hampir menjadi orang gelandangan. Beliau tidur berbumbungkan angkasa dan beralaskan tanah. Untuk bertahan hidup, dia bekerja sebagai tukang sapu di pasaraya. Hidupnya semakin susah setelah ibu beliau dihidap penyakit kanser. Mereka bertahan hidup hanya dengan elaun kesihatan semata-mata.

Koum kemudiannya melanjutkan pelajaran beliau di San Jose University, akan tetapi beliau memilih untuk berhenti belajar kerana lebih suka belajar programming secara belajar sendiri. Oleh kerana kepakaran beliau sebagai programmer, Jan Koum diterima bekerja sebagai engineer di Yahoo!. Beliau berkerja di situ selama sepuluh tahun. Di Yahoo! Pula, beliau berkawan baik dengan Brian Acton. Setelah meletakkan jawatan dari Yahoo!, mereka berdua membuat aplikasi WhatsApp pada tahun 2009. Mereka pernah memohon kepada Facebook yang ketika itu semakin popular. Namun, mereka ditolak dan mungkin Facebook kini sangat menyesal karena pernah menolak permohonan mereka.

Setelah WhatsApp secara rasmi dibeli oleh Facebook dengan harga USD 19 Million (lebih kurang RM 77,158,927 – Tujuh Puluh Tujuh Million Satu Ratus Lima Puluh Lapan Ribu Sembilan Ratus Dua Puluh Tujuh Ringgit) pada tahun 2014, beliau melakukan rutin harian yang menyentuh perasaan. Jan Koum pergi ke tempat dahulu ketika beliau ketika berumur 17 tahun dimana setiap pagi beratur untuk mendapatkan peruntukkan makanan dari kerajaan. Beliau menyandarkan kepalanya ke dinding tempat beliau pernah beratur dahulu untuk mengenang saat-saat kesusahan hidup, ketika mana untuk makan pun beliau tidak punya wang.

Perlahan-lahan air mata beliau menitis, beliau tidak pernah menyangka bahawa perniagaan beliau akan dibeli dengan nilai setinggi itu. Kemudian beliau mengenang ibu yang sudah meninggal kerana kanser. Ibu beliau sanggup menjahit baju untuk beliau demi menjimatkan wang. “Tak ada wang, nak..” Jan Koum termenung. Beliau sedih tidak dapat menyampaikan berita gembira ini kepada ibu beliau.

Namun, pada bulan Mei 2018, berita mengejutkan bahawa Jan Koum menarik diri dari jawatan CEO WhatsApp kerana mengalami perselisihan faham dengan perniagaan induknya, iaitu Facebook. Dipetik dari laporan Washington Post, Jan Koum kecewa kerana Facebook ingin menggunakan data peribadi pengguna WhatsApp sebagai medium pengiklanan. Dalam akaun Facebooknya, Jan Koum menuliskan salam perpisahan dan mengatakan sudah tiba masanya untuk “move on”. Sudah menjadi rahsiaa umum bahawa Facebook berniat menjadikan WhatsApp sebagai medium baru pengiklanan. Walhal selama ini, Jan Koum dan pengurusan WhatsApp sangat gigih menolak kewujudan iklan pada aplikasi WhatsApp.