Cara Nak Bagi Cili Boh Tahan Lama

0
211

Sudah tentu anda pernah mendengar “cili boh”, lebih-lebih lagi kepada peminat tegar makanan pedas, pasti mereka tahu mengenai makanan tersebut. Boleh dikatakan, cili boh merupakan satu keperluan dalam masakan di Malaysia untuk menambah rasa pedas pada makanan.

Umumnya, bahan utama cili boh ialah cili kering yang boleh diperoleh di pasar raya, kedai runcit atau kedai yang menjual bahan basah. Harga cili kering adalah murah dan anda boleh membelinya secara pukal untuk menghasilkan cili boh yang banyak.

Malaysia akan mengimport cili kering dari luar negara seperti China, India dan Indonesia memandangkan Malaysia kurang menghasilkan cili kering.

Untuk menghasilkan cili boh sangat mudah kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja dan tidak mengambil masa yang lama. Tetapi, tahukah anda bagaimana membuat cili boh agar ia tahan lama? Disini saya akan kongsikan.

Bahan-bahan;

  • Cili kering
  • Air panas yang mendidih
  • Garam
  • Minyak masak

Langkah-langkah menghasilkan cili boh tahan lama;

  1. Buang biji cili kering

Gunakan gunting untuk menggunting cili kering dan buang semua bijinya. Anda bebas menggunting dengan style apapun.

  • Rendam

Gunakan air panas untuk merendam cili kering yang telah dibuang bijinya. Rendam selama sejam agar teksturnya lembut dan mudah dikisar.

  • Basuh @ toskan

Basuhkan cili yang direndamkan dan toskan dengan cara yang betul. Pastikan cili tersebut bersih dari sebarang kotoran.

  • Kisar

Kisarkan cili kering + minyak + sedikit garam dalam pengisar. Pastikan anda tidak menggunakan air semasa membuat cili boh agar tahan lama dan lebihkan minyak semasa mengisar.

  • Simpan dalam bekas

Selepas dikisar, cili boh masukkan dalam bekas yang tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Ketika mengambil cili boh, elakkan menggunakan sudu yang digunakan untuk makanan lain agar ia tidak cepat rosak.

Ini sahaja perkongsian dari saya mengenai cili boh. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua, terima kasih.