Cerita 2 Tauke Rempeyek Luar Biasa

0
966

Merujuk daripada Wikipedia, rempeyek atau dikenali sebagai peyek merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung beras, air dan dibubuh garam serta bawang putih. Bahan pengisi yang sering digunakan seperti kacang tanah atau udang. Kerangupan dan keenakan rempeyek telah membuka mata usahawan yang berada di luar sana untuk menjadikan rempeyek sebagai bahan jualan. Disini saya akan kongsikan dua usahawan yang berjaya dalam perniagaan rempeyek.

Kisah Inspirasi 1: Mohamad Zainal Azmi


Gambar: Facebook Rempeyek Sri Kejai

Dengan bermodalkan hanya RM 150.00 sebagai modal awal tidak mematahkan semangat anak muda ini untuk terus berkembang dalam dunia perniagaan. Beliau nekad untuk berniaga adalah kerana kehidupan yang miskin membuatkan Mohamad Zainal mencari jalan untuk keluar dari kehidupan seperti itu. Pendapatan ibubapanya tidak mampu menampung beliau yang ketika itu sedang menyambung belajar di sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia.

Mohamad Zainal lebih memilih berniaga rempeyek berbanding makanan modern kerana beliau berfikiran agar kuih rempeyek ini perlu dipelihara memandangkan makanan tersebut diwarisi daripada nenek moyang kita dahulu. Memang jarang sekali anak muda menguasai untuk menghasilkan kuih rempeyek, tidak seperti Mohamad Zainal, beliau belajar daripada kakaknya dan membuat R&D untuk menghasilkan rasa yang diciptanya sendiri.

Rempeyek hasil kajiannya berhasil dan diberi nama Rempeyek Sri Kejai. Walaupun tidak dapat menamatkan pengajian, beliau berasa bersyukur kerana masih diberikan rezeki dalam perniagaan rempeyeknya. Berkat usahanya yang gigih, rempeyek yang dihasilkannya meluas di Malaysia dan perniagaannya telah diiktiraf sebagai produk terlaris di utara Malaysia.

Kisah Inspirasi 2: Tuan Haji Azhar Haji Yunus

Melibatkan diri dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam pembuatan rempeyek mini membuatkan Tn Hj Azhar bersemangat dalam memulakan perniagaan. Dengan penglibatan beliau dalam IKS, beliau berhasil membuka syarikat yang membekalkan rempeyek mini. M. Z Rezeki Enterprise dibuka hasil titik peluh beliau bersama isteri yang sentiasa menyokongnya dari belakang.

Usianya yang semakin naik tidak mematahkan semangat beliau dalam mengusahakan rempeyek, beliau juga turut membuka peluang pekerjaan kepada wanita yang berada di kampungnya untuk membantu kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Syarikat Tn Hj Azhar memulakan operasi perniagaan pada pertengahan bulan 2001 di mana perniagaan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan sehingga kini, produk rempeyek beliau dapat dipasarkan di seluruh Malaysia. Dengan terhasilnya rempeyek mini, maka nama terhadap rempeyek turut diberikan iaitu MooNsnek.

2 kisah inspirasi usahawan dalam perniagaan kecil-kecilan akhirnya berjaya dalam dunia perniagaan. Walaupun banyak diuji, namun mereka tidak pernah putus asa dalam menghadapi sesuatu cabaran. Sikap tidak berputus asa wajib ada dalam diri seorang usahawan. Semoga 2 kisah tersebut memberi inspirasi.

Rujukan: http://usahawan-tekun.blogspot.com/p/usahawan-rempeyek-mini-tn-hj-azhar.html



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain