Kek Burger, Hasil Inovasi Anak Melayu

0
981

Burger yang menjadi makanan fast food menjadikannya terkenal di kalangan remaja pada masa kini, bukan sahaja Malaysia, malah masyarakat juga menggemarinya. Banyak inovasi dilakukan terhadap burger untuk menjadikannya berbeza rasa dalam memenuhi permintaan  pelanggan.  Anda juga pasti mengenali usahawan dalam perniagaan burger di Malaysia sehingga mampu menembusi pasaran antarabangsa, usahawan ini yang bertungkus lumus untuk menghasilkan produk halal untuk muslim. Usahawan ini dikenali sebagai Ramly Burger. Tetapi, usahawan yang saya ingin kongsikan di artikel ini bukan mengenai beliau,tetapi usahawan lain yang berjaya dalam perniagaan burger. Ikuti kisah ini.

Burger Diinovasi

Usahawan yang berasal dari Pulau Pinang ini telah membuat inovasi produk makanan iaitu burger menjadi sesuatu yang lebih menarik. Dengan berfikir secara kritis, usahawan yang diberi nama Muhamad Hasseni bersama isterinya Siti Umairah Sabudin telah mendapat idea untuk membuat inovasi terhadap burger. Idea yang diperolehi juga didorong ketika mereka melihat kek dan secara tiba-tiba idea tersebut datang di mana burger diinovasi menjadi burger yang bersaiz besar dan berbentuk seperti kek.

“Pada mulanya, kami berdua menghasilkannya secara suka-suka iaitu dengan menggunakan roti benggali dan hanya makan di rumah bersama keluarga,” kata Siti Umairah kepada BH apabila ditemuramah ketika itu.

Dengan perasaan suka-suka tersebut, mereka berdua mula menjadikannya menjadi perkara serius di mana pasangan suami isteri ini menghasilkan burger bersaiz besar lalu dijual kepada pelanggan. Bentuk burger yang besar menjadi perhatian orang ramai dan permintaan juga meningkat secara mendadak terutamanya penduduk di sekitar kawasan utara.

Mereka menamakan produk makanan tersebut iaitu ‘MtCt’, hasil gabungan nama mereka berdua. Usahawan ini juga menyewa kedai di kawasan tempat tinggal mereka untuk memudahkan dalam pemprosesan burger gergasi tersebut.

Siti Umairah dan suami menggunakan roti dan daging dalama menghasilkan burger tanpa bahan pengawet di mana mereka 100% menggunakan air tangan sendiri. Penggunaan air tangan sendiri membuatkan pelanggan menyukainya dan sesuai dengan selera mereka, ada juga individu setiap hari menempah burger gergasi ini. Mereka juga menerima tempahan yang banyak terutamanya ketika ada majlis-majlis. Menariknya, burger ini juga mempunyai dekorasi sendiri, seolah-olah ia dihias seperti sebuah kek. Hal ini membuatkan, permintaan terhadap produk jualan MtCt semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Manakala, mengenai harga burger MtCt, harganya antara RM15 hingga RM480, mengikut jenis, bentuk dan saiz burger. Siapa sangka burger gergasi ini juga boleh mencecah sebanyak RM480. Mereka juga kerap menerima tempahan dengan harga antara RM30 hingga RM80 untuk sebuah burger.

Muhamad Haseni dan Siti Umairah juga mmpunyai hasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka memandangkan mereka telah mempunyai pelanggan luar Pulau Pinang tersebut.

Semoga terinspirasi !



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain