Legasi Turun-Temurun Perniagaan Sos Cili MH Mohamad

0
755

Usahawan Sos Cili: Legasi Turun-Temurun Perniagaan Sos Cili

Demi meneruskan legasi keluarga, Hafiza mengambil tugas untuk menjaga perniagaan ayahnya, yang sejak 30 tahun lalu telah beroperasi. Kilang yang dikenali sebagai Syarikat MH Mohd Industries Sdn. Bhd. sudah lama beroperasi dan diteruskan oleh Hafiza yang merupakan pelajar UiTM. Oleh kerana ingin menjaga perniagaan keluarga, Hafiza menawarkan diri untuk membantu ayahnya di kilang dalam memproses sos yang pelbagai jenis.

Dalam memperkembangkan ilmu perniagaannya, beliau telah mengikuti beberapa kursus yang dianjurkan oleh agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Hafiza telah membuktikan, dengan kursus yang diikutinya telah memberi kesan kepada syarikat MH Mohamad di mana syarikat tersebut semakin cekap dari segi pemprosesan dan pengurusan kilang.

Tanggungjawab yang diberikan kepada Hafiza membuatkan beliau menjadi matang dalam mengendalikan sesuatu pekerjaan dan sentiasa teliti dalam membuat keputusan. Beliau juga merupakan anak sulung daripada lima orang beradik menjadikan beliau menjadi berkebolehan untuk menjadi seorang pemimpin.

Jenama MH Mohamad mengeluarkan sos tomato, sos cili, kicap tiram, kicap manis dan kicap masin yang kini telah menembusi pasaran antarabangsa di mana jenama tersebut dipasarkan di Vietnam, Irealand serta beberapa negara Asia lagi. Hafiza turut berkongsi hasil kursus yang diikutinya membantu beliau dalam memasarkan produk mereka di luar negara.

Pada asalnya, kilang ini hanya diusahakan secara kecil-kecilan pada tahun 1986 sebelum ayahnya menyediakan kilang untuk tempat pemprosesan sos-sos tersebut. Sos yang berasal dari Kelantan ini cukup terkenal di Kelantan membuatkan pemasaran yang dilakukan sangat mudah. Dari segi penjualan, syarikat mereka akan mengeluarkan lebih 100,000 botol daripada pelbagai jenis sos yang mempunyai nilai jualan sebanyak RM 100,000 .

Agensi dari MARDI juga turut membantu dari segi bimbingan untuk menghasilkan produk. Penghasilan sos yang berbeza dari syarikat lain membuatkan sos jenama MH Mohamad menjadi pengeluar utama sos di Kelantan. MH Mohamad juga telah mengeluarkan produk yang baru iaitu sos pencicah buah, sos tiram dan cuka buatan di bawah jenama Fatina.

Syarikat MH Mohd Industries Sdn Bhd juga telah dianugerahkan sebagai peniaga 1Malaysia Best di bawah anjuran FAMA. Perniagaan warisan ini sangat penting kepada Hafiza kerana ia merupakan nadi keluarga mereka sejak ayahnya mula mengusahakan perniagaan tersebut. Usahawan Hafiza yang mempunyai kelulusan ijazah ini sanggup menolak pekerjaan yang menjanjikan gaji yang beribu ringgit berbanding perniagaan keluarga yang telah lama beroperasi.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain