Sufi, Bihun Muslim yang Menggegar Pasaran Malaysia

0
484

Penggemar bihun pasti mengenali jenama Sufi. Bihun yang dijamin halal ini menjadi kegemaran  para muslim, bahkan orang bukan Islam juga turut meminati. Sering juga digunakan di restoran-restoran dan hotel yang menyediakan menu makanan tersebut. Namun, tahukah anda kisah di sebalik jenama Sufi? Jatuh bangun jenama tersebut?

Pengasas Jenama Bihun Sufi

Pengasas bihun jenama Sufi  yang dikenali dengan CEO Bihun Sufi iaitu Tuan Shawal Akbar Mohamed. Beliau juga merupakan CEO bagi syarikat Elham-Q Malaysia Sdn. Bhd di mana syarikat ini merupakan syarikat muslim yang beroperasi melalui pusat edaran bihun sufi.

Tuan Shawal Akbar Mohamed juga berkongsi kisah hidupnya mengenai langkahnya sebagai pengeluar bihun Sufi iaitu bihun keluaran bumiputera pertama di Malaysia. Beliau berguru dengan Dr Azizan Osman yang mana Dr Azizan juga merupakan seorang usahawan yang sering memberi motivasi kepada usahawan baru. Tuan Shawal Akbar juga pemegang Ijazah Revenue Management.

Mula Menguasai Strategi Jualan

Bermula dengan modal yang sedikit, itu tidak mematahkan semangat beliau dalam menceburi bidang perniagaan, lebih-lebih lagi beliau mencuba sesuatu yang baru. Dalam strategi produk jualan, beliau mengawal stok yang sedikit dahulu sebelum mengembangkannya lagi untuk memudahkan dalam perekodan. Pada permulaannya, produk bihun Sufi dijual hanya 500 paket sahaja. Selepas menguasai dalam pengawalan stok, Tuan Shawal Akbar mula membuat sasaran jualan sebanyak RM 5,000,000.00 pada tahun 2012.

Memahami Permintaan Pelanggan

Mengenai permintaan, bihun Sufi amat memberangsangkan sehingga negara luar membuat permintaan terhadap produk makanan tersebut. Hal ini kerana, pihak beliau membuat kajian terhadap keperluan pelanggan untuk memastikan permintaan dikenal pasti adalah betul. Dengan kajian permintaan yang mereka buat, pihak Tuan Shawal Akbar mampu menjual 50,000 bungkus dalam masa 2 minggu, namun jumlah bungkusan tersebut tidak mencukupi atas sebab permintaan yang mendadak.

Memasuki Pasaran Antarabangsa

Siapa sangka bihun buatan Tuan Shawal Akbar mampu menembusi pasaran antarabangsa.  Dalam masa  3 tahun, bihun Sufi telah memasuki 10 buah negara di luar Malaysia. Beliau menggunakan Internet sebagai platform marketing untuk memasarkan produknya. Keuntungan juga meningkat apabila permintaan dari luar negara semakin meningkat, lebih-lebih lagi margin keuntungan untuk pasaran eksport lebih tinggi daripada pasaran tempatan memandangkan nilai mata wang luar negara lebih tinggi dari Malaysia.

Demikianlah kisah disebalik Jenama Sufi di mana jenama tersebut semakin dikenali ramai dan syarikat Elham-Q Sdn Bhd juga telah mengembangkan produk mnereka dengan menambah produk seperti beras Sufi, minuman, telur ayam, makanan tin dan sebagainya.

Semoga memberi inspirasi kepada anda!



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain