Terbukti Wanita Ini Jana Income 5 Angka Sebulan Dengan Kerepek

0
1129

Makanan ringan yang menjadi kegilaan peminat makanan ini. Kerepek yang pelbagai jenis dan perisa terus menjadi popular dan mendapat sambutan pelanggan yang tidak kira berapa usianya. Kerepek yang berasaskan ubi dan pisang ini telah membuka peluang kepada usahawan yang ingin menjalankan perniagaan kerepek. Ada yang bependapat menjual kerepek tidak memulangkan keuntungan yang lumayan kerana harganya yang murah dan makanan tersebut telah diganti dengan makanan ringan yang lain. Namun, tanggapan seperti itu salah di mana seorang usahawan kerepek telah membuktikan bahawa menjual kerepek boleh menghasilkan pendapatan  berpuluh ribu dalam masa sebulan.

Merujuk daripada Berita Harian, melaporkan bahawa seorang usahawan wanita menjalankan perniagaan kerepek bermula dari kecil-kecilan sehinggalah beliau menubuhkan syarikat yang diberi nama Rizki Harmoni Enterprise. Usahawan ini dianggap sebagai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (IKS) kerana mampu mendapatkan pendapatan dalam sebulan iaitu lebih 5 angka.

Siti Mahani Sheikh Abdullah yang asalnya kerja makan gaji di sebuah kompleks beli belah nekad untuk bekerja sendiri dengan menjalan perniagaan yang dirasakannya membawa pulangan yang tinggi kepadanya. Dengan mendapatkan idea daripada suaminya, tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan dengan menjual kerepek. Beliau berkata, kerepek merupakan makanan ringan yang disukai oleh ramai orang dan permintaan yang sentiasa ada.

Bermodalkan dengan hanya RM 10,000.00 untuk modal awal sudah cukup untuk Siti Mahani menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau menggunakan wang simpanan untuk modal awalnya. Pada tahun pertama perniagaannya beroperasi, usahawan wanita itu memiliki 5 tapak jualan kerepeknya.

Bukan mudah untuk berjaya dan bukan mudah untuk senang. Wanita yang berasal dari Pahang ini telah diuji dengan perniagaan yang berdepan dengan masalah hutang. Salah satu faktor beliau mengalami masalah tersebut kerana srategi yang salah dalam pemilihan lokasi perniagaan. Cabaran lain yang dihadapi oleh Pengarah Rizki Harmoni Enterprise ini ialah mereka kekurangan bekalan bahan mentah kerana terdapat sesetengan pemborong yang tidak ingin menjual bahan mentah kepada mereka. Beliau juga berkata, hampir patah semangat dan ingin berhenti, namun begitu beliau mempunyai prinsip untuk terus bertahan dan mendapat sokongan daripada keluarga untuk meneruskan perniagaannya dan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Siti Mahani bercita-cita untuk menjadi pemborong dalam dunia perniagaan kerepek. Beliau juga merancang untuk membuka kilang sendiri memandangkan perniagaannya semakin berkembang di mana ia memerlukan tenaga dan alat mesin yang banyak agar dapat meminimumkan masa untuk menghasilkan kerepek.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain