Usahawan Birthday Cake: Minat Pembakar Semangat Untuk Berniaga

0
1022

Usahawan Birthday Cake: Minat Pembakar Semangat Untuk Berniaga

Jika kita lihat sejarah, birthday cake telah menjadi sebahagian daripada majlis hari jadi di negara-negara Eropah Barat sejak pertengahan abad ke-19. Sesetengah ritual dan tradisi, seperti menyanyikan lagu-lagu ulang tahun, yang berkaitan dengan kek hari jadi adalah kebiasaan untuk banyak budaya Barat.

Manakala tradisi Barat dengan menambah lilin yang menyala ke puncak kek hari jadi berasal dari Jerman pada abad ke-18. Walaupun sebahagian besar daripada sejarah Barat, kek ini secara umum adalah keistimewaan kek hari jadi yang biasa berlaku untuk perayaan hari jadi yang paling banyak di Barat. Sekarang juga seudah menjadi trend menyambut majlis hari jadi, keknya wajib ada.

Memandangkan masyarakat kita ramai yang berbuat demikian, seorang usahawan muda telah melihat peluang ini sebagai peluang keemasan untuknya mencari pendapatan. Ikuti kisah beliau.

Berkelulusan dari Kolej Komuniti Baling dalam bidang kulinari, lebih mesra dipanggil Miza ataun nama sebenar ialah Norhamizah Abd Hamid telahpun berjaya menjadi seorang usahawan kek pada usia yang muda. Wanita yang bercita-cita ingin menjadi usahawan, kini cita-cita yang diangankan menjadi kenyataan.

Sejak kecil, Miza mempunyai minat yang tinggi terhadap perniagaan sehinggakan beliau mempunyai cita-cita sendiri iaitu untuk menjadi usahawan. Miza mula berniaga sejak tahun 2012. Pada masa itu, beliau berniaga hanya kecil-kecilan sahaja memandangkan Miza masih baharu dalam dunia perniagaan.

Dengan bakat yang beliau ada, Miza menghasilkan produk makanan iaitu kek khususnya untuk birthday cake. Pada masa itu (2012), Miza berniaga dengan mengambil tempahan daripada kenalan sahaja. Sambutan yang menggalakkan membuatkan Miza bertekad untuk membuka kedai kek sendiri memandangkan beliau sudah mempunyai pelanggan yang tetap.

Impiannya membuka kedai kek mendapat sokongan daripada arwah ibu dan bapanya membuatkan beliau bertambah yakin dan berusaha untuk mencapat matlamatnya. Dengan usaha yang gigih, Miza telah menjadi pemilik kepada Qaseh Mieza Bakery. Menariknya, kedai kek Miza mempunyai tepung kek segera yang tersendiri, dihasilkan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Miza sering mendapat tempahan birthday cake daripada pelanggan kerana keyakinan mereka kepadanya.

“Tidak semua orang mampu untuk membeli sebiji kek, jadi daripada situ timbul idea untuk menghasilkan tepung kek segera dengan harga mampu milik agar semua dapat menikmatinya setanding kek di pasaran,” kata pemilik Qaseh Mieza Bakery.

Kerana minat, seseorang itu boleh berjaya. Kerana peluang juga, seseorang itu boleh maju.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain