Zig Ziglar: 9 Ungkapan Sebagai Inspirasi

0
517

“Segala sesuatu akan menjadi yang terbaik jika kita mengambil yang terbaik dari segala sesuatu yang terjadi.”

Ya, ungkapan di atas merupakan salah satu kata-kata inspirasi dari Zig Ziglar, salah seorang pakar jualan terbaik di dunia, penulis buku yang laris, dan pakar motivasi yang terkenal. Sayangnya beliau meninggal dunia pada tanggal 28 November 2012 disebabkan penyakit pneumonia. Marilah kita mengimbas semula kata-kata hikmah dari Zig Ziglar, seperti berikut:

“Berhenti menjual. Mula membantu.”

“Jika anda mampu membayangkannya, anda mampu untuk mendapatkannya. Anda akan mendapatkan apa jua yang diimpikan dalam hidup jika anda membantu ramai orang mencapai impian mereka.”

“Lakukan, lepas itu anda akan termotivasi untuk melakukannya.”

“Tangan anda menggenggam benih kegagalan atau suatu potensi untuk menjadi luar biasa.”

“Kejayaan bererti melakukan yang terbaik, dengan segenap kemampuan yang kita ada, dengan apa yang kita ada. Kejayaan ada dalam tindakan, bukan dalam mendapatkan sesuatu; di saat kita mencuba, bukan di saat kemenangan. Kejayaan adalah standard peribadi, mencapai tahap tertinggi dalam diri kita, menjadi apa jua yang kita mampu.

“Jika seseorang menyukai anda, mereka akan mendengar kata-kata anda. Tapi bila mereka mempercayai anda, mereka akan berurusniaga dengan anda.”

“Dimana anda bermula kurang penting berbanding dengan di mana anda berakhir (tiba).”

“Kurang arah tujuan (keutamaan), bukannya kurang masa yang menjadi masalah. Kita semua mempunyai 24 jam sehari.”

“Kewajiban membuatkan kita melakukan sesuatu dengan baik, namun begitu cinta membuatkan kita melakukannya dengan indah.”