3 tabiat yang Mampu Membuatkan Anda Pokai

0
605

1.Tidak tahu membezakan antara kehendak dan keperluan

Ini kerap berlaku, dan tanpa anda sedari ianya akan menghantui anda selepas itu. Ianya terjadi apabila anda tidak mampu mengawal kehendak untuk membeli apa sahaja yang menarik minat anda. Semuanya anda rasakan sebagai keperluan. Sebagai contoh, handphone kini dilihat sebagai satu barang keperluan. Jadi, tidak salah untuk membelinya. Namun, menukar handphone baru setiap kali produk baru dikeluarkan merupakan kehendak anda yang sia-sia. Selepas wang telah habis dilaburkan, hutang dan bayaran bulanan untuk keperluan anda mula menghantui anda, dan ketika itulah anda sedar yang anda sudah pokai.

2.Tiada belanjawan

Mungkin anda berasa bosan apabila membuat belanjawan. Anda akan rasa terikat, terkongkong dan tertekan kerana tidak boleh berbelanja sesuka hati. Tapi cuba anda bayangkan jika anda berbelanja spontan setiap hari dengan menikmati roti canai di pagi hari, dan membeli makanan ringan di waktu petang. Ambil contoh jika ianya menelan kos sebanyak RM10, jika sebulan ianya sudah menjadi RM300! Ianya cukup untuk menampung duit minyak dan tol anda untuk sebulan. Belanjawan mungkin dilihat remeh, tetapi ianya penting untuk kita menjejak ke mana hilangnya duit kita setiap bulan. Tanpa melihat pada apa yang anda belanjakan, anda tidak akan tahu apa perbelanjaan yang anda boleh hadkan atau singkirkan.

3.Rambang mata

Sikap ini sangat merbahaya untuk wang anda kerana ini adalah antara punca utama kepada keborosan.  Jika anda merasa ingin membeli semua yang anda tengok di pasaraya, maka bersedialah untuk menjadi pokai lagi. Selain dari sukar membuat pilihan antara barang keperluan dan kehendak, jika anda seorang yang rambang mata, anda mungkin juga sukar untuk merasa puas dengan apa yang dimiliki sekaligus menjadikan anda seorang yang tidak kisah menghabiskan duit untuk kepuasan hati. Walaupun di dalam dompet ketika itu hanya tinggal RM200, anda tetap tidak kisah untuk membelanjakan kesemuanya sekali bagi memuaskan nafsu anda.