Cash Flow – Rahsia dan Kunci Kejayaan Pengurusan Perniagaan

0
969

Tahukah anda bahawa cash flow (Aliran keluar masuk wang) merupakan indikator kewangan yang terbaik bagi menentukan kejayaan sesebuah perniagaan.

 

Ramai pemilik perniagaan atau pengurus, tidak kira samada perniagaan kecil mahupun besar, jika diajukan soalan tentang “indikator kewangan apakah yang selalu dipantau perkembangannya dalam perniagaan anda”? Mereka sering menjawab “Profit (keuntungan) adalah indikator yang selalu mereka perhatikan didalam perniagaan”. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga termasuk dalam golongan pemilik-pemilik perniagaan yang berpendapat sedemikian?

 

Jika begitu, mungkin ini adalah masa untuk anda mengubah paradigma pemikiran tersebut. Satu kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Perniagaan Kecil Amerika Syarikat  menunjukkan salah satu faktor utama yang mengakibatkan 90% perniagaan yang gagal mencapai usia 10 tahun adalah kesilapan dalam pengurusan cash flow (aliran keluar masuk wang).

 

Keuntungan memang sangat penting dan selalu menjadi salah satu penanda aras kejayaan sesebuah perniagaan, tetapi tahukah anda bahawa keuntungan hanyalah sebuah angka. Kenapa? Kerana, walaupun keuntungan tampak menakjubkan dan sering menjadi dambaan para peniaga namun walau sebesar mana pun jumlah keuntungan tetap tidak bermakna sehinggalah ada nilai wang tunainya. Keuntungan hanyalah teori semata-mata!

 

Tidak percaya? Pernahkah perniagaan anda mengalami situasi dimana anda menikmati keuntungan yang lumayan tetapi anda tetap menghadapi kesukaran dari segi wang tunai untuk menampung operasi perniagaan anda malah anda masih perlu mencari wang pinjaman bagi menampung operasi perniagaan tersebut sementara menunggu tarikh tamat tempoh bayaran jualan?

 

Situasi ini berlaku kerana terdapat jarak antara wang tunai yang diterima dengan wang tunai yang keluar hinggakan walaupun usaha anda membuahkan hasil yakni keuntungan tetapi oleh kerana pengurusan aliran wang tunai keluar masuk anda tidak optimum, menyebabkan perniagaan anda mengalami kekurangan wang tunai.

 

Jika ya, itulah faktor kepentingan aliran wang tunai berbanding keuntungan. Keuntungan tidak boleh digunakan untuk membayar gaji pekerja atau pembiayaan lain-lain, wang tunai lah yang boleh membayarnya. Bilamana ada yang bertanya kepada anda, berapakah keuntungan perniagaan anda? Mungkin maksudnya adalah berapa banyak wang tunai yang anda peroleh dari perniagaan anda?

 

Lagipun apalah bezanya antara jumlah keuntungan RM 10,000 (Sepuluh Ribu) dari hasil jualan RM 100,000 (Satu Ratus Ribu) dan ditolak dengan pengeluaran untuk perbelanjaan sebanyak RM 90,000 (Sembilan Puluh Ribu) berbanding dengan keuntungan RM 100,000 (Satu Ratus Ribu) dari hasil jualan RM 100,000 (Satu Ratus Ribu) dan ditolak dengan pengeluaran untuk perbelanjaan sebanyak RM 90,000 (Sembilan Puluh Ribu)? Jumlahnya tetap sama iaitu 10,000. Jadi mengapa terlalu mengambil kira keuntungan jika ternyata keuntungan tersebut hanyalah sebuah angka!

 

Akhirnya jika begitu, adakah anda masih tertumpu kepada sebesar mana jumlah keuntungan perniagaan anda? Atau anda akan mulai langkah untuk lebih memerhatikan aliran wang tunai anda? Pilihannya di tangan anda. Tetapi jika anda lebih gembira dengan keuntungan perniagaan anda, ingatlah tentang masa depan perniagaan anda yang bergantung kepada kesihatan kewangan perniagaan anda. Dan kesihatan kewangan anda amatlah bergantung kepada kelancaran aliran wang tunai perniagaan itu sendiri.