Dana Pinjaman Cradle Fund

0
1586

Cradle Fund telah mencipta satu permulaan yang terkemuka dengan mewujudkan satu ekosistem yang menyokong persekitaran perniagaan yang kukuh lagi inovatif kepada usahawan teknologi.

Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle)  diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada tahun 2003.

Sepanjang sejarah penubuhannya selama 13 tahun, Cradle telah membantu membiayai lebih 700 buah syarikat start up di Malaysia. Cradle telah menawarkan bantuan dana dan pelaburan.

Penubuhan Cradle bukan hanya terhad kepada bantuan kewangan, tetapi juga termasuk memberi sokongan secara komersial dan pelbagai perkhidmatan tambah nilai yang lain sebagai memenuhi keperluan  usahawan.

JENIS PINJAMAN/PELABURAN

Cradle Investment Programme 300 (CIP300)

Ditawarkan kepada usahawan yang berinovatif dalam bidang teknologi

Jumlah Pelaburan

CIP300 menawarkan dana dan geran sehingga RM300,000 untuk usahawan yang mempunyai inovatif dalam teknologi.

Syarat Pelaburan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas
  • Merupakan perniagaan Sendirian Berhad dan telah beroperasi kurang dari 3 tahun.

DEQ800

DEQ800 merupakan satu bentuk pelaburan ekuiti terhadap syarikat baru dalam industri teknologi.

Secara konsepnya pihak Cradle akan membuat pelaburan dalam syarikat tersebut dan akan mendapat keuntungan dari ekuti yang dimiliki selama 5 hingga 7 tahun.

Jumlah Pelaburan

Jumlah pelaburan ekuiti yang ditawarkan adalah sehingga RM800,000.

Syarat Pelaburan

  • Merupakan syarikat yang telah beroperasi kurang dari 5 tahun dan dimiliki 51% oleh warganegara Malaysia.
  • Jumlah keuntungan tahunan mestilah kurang dari RM5,000,000.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :

Cradle Fund Sdn Bhd
Level 20,Sunway Putra Tower
100 Jalan Putra,
50350 Kuala Lumpur
Tel: +603-4045 8600
Fax: +603-4045 8611