Skim Pinjaman Amanah Ikhtiar – Update 2019

0
403

AMANAH IKHTIAR

Pada 17 September 1987 Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) telah ditubuhkan di bawah Akta Amanah (1952) sebagai badan amanah persendirian.

Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pegawai yang mewakili Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga beberapa individu yang dilantik berdasarkan kapasiti peribadi dipertanggungjawabkan menguruskan AIM.

Penubuhan AIM adalah sebagai usaha mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia khususnya masyarakat luar bandar iaitu melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menjana pendapatan.

JENIS SKIM PEMBIAYAAN

Skim i-Mesra

Merupakan skim asas atau yang pertama sebelum layak untuk memohon skim yang lain. Proses bagi skim ini amat mudah.

Jumlah Pinjaman

Mendapat pembiayaan sehingga RM 10 rIbu

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik ialah 100 minggu

Skim i-Srikandi

Merupakan pembiayaan untuk meningkatkan pendapatan

Jumlah Pinjaman

Pembiayaan sehingga RM30 ribu

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik ialah 150 minggu.

Skim i-Wibawa

Merupakan pembiayaan bermusim

Jumlah Pinjaman

Pembiayaan sehingga RM5000

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik 25 minggu atau setiap bulan sehingga 6 bulan atau pun membuat pembayaran sekaligus.

Skim i-Sejahtera

Merupakan pembiayaan sosial dan bisnes

Jumlah Pinjaman

Pembiayaan sehingga RM15000

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik ialah sehingga 100 minggu.

Skim i-Bestari

Merupakan skim pembiayaan berkonsepkan Sahabat dan Keluarga.

Jumlah Pinjaman

Jumlah pembiayaan hingga RM5000

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh pembayaran balik hingga 100 minggu

Skim i-Penyayang

Merupakan pembiayaan untuk Sahabat yang mengalami kegagalan projek terdahulu.

Jumlah Pinjaman

Pembiayaan hingga RM 5000

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik hingga 100 hari.

Skim i-Emas

Pembiayaan untuk sahabat yang berumur 75 tahun ke atas.

Jumlah Pinjaman

Pembiayaan sehingga RM2000

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik sehinga 50 minggu

Faedah

Semua skim pembiayaan AIM akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 10% untuk setahun. Sekiranya pemohon memilih untuk membuat pembayaran balik untuk tempoh 25 minggu pula akan dikenakan faedah sebanyak 5%. Bagi pembiayaan di bawah Program Kewangan Mikro bandar (PKMB) pula akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 1% sebulan.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3855 atau perkapita RM838.
  • Pemilikan aset yang tidak melebihi sebanyak RM 50 000.
  • Menubuh kumpulan yang mempunyai ahli seramai 5 orang.Ahli haruslah tinggal dalam kawasan yang sama dan tiada tali persaudaraan, saling percaya mempercayai dan bertanggungjawab.
  • Mengikuti kursus jangka pendek selama 5 hari,  iaitu 1 ½ jam sehari sebagai memberi kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh AIM.

Proses Permohonan

Pemohon perlu menjadi ahli (sahabat)  serta menghadiri Mesyuarat Pusat dan membentangkan cadangan pembiayaan.

Proses kelulusan adalah dalam tempoh 28 hari daripada tarikh pembentangan pembiayaan dibuat.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Ibu Pejabat

Amanah Ikhtiar Malaysia

Menara Amanah Ikhtiar

No 3 Jalan Cempaka SD 12/1A,

Bandar Sri Damansara  PJU9

52200 Kuala Lumpur

Atau

Hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1-300 888 246

Atau

Untuk mengetahui alamat pejabat AIM seluruh negara boleh layari laman web aim.gov.my