Skim Pinjaman SME Corp – Update 2019

0
1317

Penubuhan SME Corp. Malaysia bermula pada 2 Mei 1996 apabila sebuah agensi khusus diwujudkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memacu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) dengan menyediakan sokongan infrastruktur, bantuan kewangan, khidmat nasihat, akses pasaran dan pelbagai program sokongan yang lain. Dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), matlamatnya adalah bagi membangunkan IKS Malaysia yang berkeupayaan dan berdaya tahan agar mampu berdaya saing di pasaran global.

Pada tahun 2007, Kerajaan melalui Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah memutuskan untuk menjadikan SMIDEC sebagai agensi yang berperanan untuk menggubal dasar dan strategi menyeluruh bagi PKS serta memacu program PKS merentasi Kementerian dan agensi. SMIDEC telah dijenamakan semula secara rasmi sebagai SME Corp. Malaysia pada 2 Oktober 2009.

Pada November 2018 SME Corp. Malaysia telah diwartakan sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED). Misi utama SME Corp. Malaysia adalah untuk menggalakkan pembangunan PKS yang berinovasi, berdaya tahan dan berdaya saing menerusi penyelarasan dan penyediaan khidmat sokongan perniagaan yang berkesan, di samping memperkasakan kelompok penting PKS dengan proses yang cekap, model perniagaan yang kental, akses kepada sumber kewangan, perkongsian pintar, strategi kemasukan pasaran dan penyelesaian pertumbuhan yang mampan, menerusi pelbagai platform dan program untuk pembangunan PKS dan usahawan.

Ia juga menjadi pusat rujukan kepada PKS dan usahawan bagi memperolehi maklumat dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan perniagaan menerusi Hab PKS yang terletak di Ibu Pejabatnya di Kuala Lumpur dan 12 Pejabat Negeri di seluruh negara.

SME Corp. Malaysia menyelaras, memperkemas, memantau dan menilai kemajuan dan keberkesanan program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh 17 Kementerian dan lebih daripada 60 agensi.

SME Corp. Malaysia juga merupakan agensi yang memacu pelaksanaan Pelan Induk PKS (2012 – 2020) yang melakar hala tuju dasar pembangunan PKS sehingga tahun 2020. Pelan Induk ini bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan PKS menerusi strategi yang dipacu oleh inovasi dan produktiviti bagi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagi terus menyokong dan mengalakkan pembangunan PKS dan usahawan di Malaysia, SME Corp. Malaysia telah menjalin kerjasama rapat dengan persatuan industri dan rakan strategik daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.

PEMBIAYAAN

Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS

Business Accelerator Programme (BAP)

Program bersepadu bagi membangun serta membimbing PKS yang dinamik, kompetiti dan berdaya tahan melalui 4 komponen:

1) Menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan PKS

2) Khidmat nasihat dan pelan tindakan untuk PKS

3) Pembinaan kapasiti

4) Sokongan Kewangan

Dua (2) Jenis Pembiayaan:

1) Geran Bersamaan (disalurkan oleh SME Corp. Malaysia)

Skop pembiayaan: 50% daripada kos yang diluluskan

(Jumlah kos maksima ditentukan oleh SME Corp. Malaysia)

Skop Geran:

  • Pensijilan & sistem pengurusan kualiti
  • Pembungkusan produk
  • Inovasi
  • Pembangunan produk (R&D & reka bentuk)
  • Produktiviti, automasi, pembelian mesin, peralatan & perisian
  • Aplikasi dalam talian, eDagang, eBayaran & aplikasi ICT
  • Pembanguna jenama & promosi

2) Pinjaman Mudah (disalurkan oleh SME Bank)

Had pembiayaan:

  • RM50,000 – RMI,000,000
  • Sehingga 90% margin pembiayaan
  • Kadar faedah 4%
  • Tempoh pembiayaan 10 tahun (termasuk tempoh tangguh)

Skop Pinjaman:

  • Pembelian mesin & kelengkapan, acuan & dai, kelengkapan pengujian
  • Modal kerja untuk kos pengubahsuaian (berkaitan pensijilan & pengembangan perniagaan), pembelian bahan mentah & stok barangan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel info: info@smecorp.gov.my

Laman web:  www.smecorp.gov.my

Aplikasi mudah alih:   SME Hub App

Facebook:   www.facebook.com/smecorpmalaysia

Twitter:   www.twitter.com/smecorp

Instagram:   www.instagram.com/smecorpmalaysia