Inspirasi, Lifestyle

Mampukah Anda Belajar Sambil Bekerja?

Mampukah Anda Belajar Sambil Bekerja?

Adakah di kalangan teman-teman anda, atau anda sendiri, yang sedang menuntut ketika bekerja sepenuh masa? Sudah tentu mereka yang memilih untuk menjalani dua kehidupan tersebut mempunyai alasan tersendiri, contohnya faktor kewangan atau tidak sanggup meninggalkan kerja yang disukai sambil mengejar cita-cita untuk menuntut ilmu.

Terdapat dua perkara utama yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk menuntut sambil bekerja. Yang pertama adalah pengurusan masa. Pastikan anda telah memberitahu pihak syarikat dan institut pengajian bahawa kamu sedang belajar sambil bekerja. Dengan itu mereka mungkin dapat memberi kelonggaran sekiranya anda perlu memenuhi kewajiban di pejabat, atau di kampus. Perkara kedua adalan pengurusan kewangan, terutama sekali bagaimana anda akan memperolehi wang untuk membiayai pembelajaran.

Langkah bijak yang perlu diambil bagi mereka yang mahu menuntut sambil bekerja adalah:

  1. Kekalkan prestasi kerja di pejabat

Kekalkan prestasi anda di tempat kerja. Bergantung kepada skim ganjaran pekerja, anda tentu akan mendapat insentif atau bonus yang lebih tinggi untuk hasil kerja yang baik.  Bukan itu sahaja, pihak syarikat anda mungkin dapat memberi kenaikan pangkat dan gaji selepas anda tamat pengajian sekiranya prestasi pekerjaan anda meningkat.

  1. Belajar dan amalkan hidup berjimat cermat

Satu cara supaya kewangan kamu lebih kukuh adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Anda bole cuba mencari tips-tips berjimat yang dapat menyenangkan dan tidak mengganggu gaya hidup anda.

Jangan lupa jadikan kesungguhan untuk menjalani pengajian sebagai motivasi untuk lebih berjimat cermat, agar anda lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian.