Lifestyle

Tabiat Pagi di Kalangan Orang-Orang yang Berjaya

Ada beberapa perkara yang membezakan orang yang berjaya daripada orang biasa. Salah satu daripadanya adalah tabiat atau ritual di waktu pagi sebaik selepas bangun dari tidur. Tabiat di waktu pagi merupakan satu daripada rahsia kejayaan. Berikut menerangkan aktiviti selepas bangun pagi bagi 5 orang personaliti terkemuka:

1. Steve Jobs
Pengasas Apple ini terkenal dengan kebolehannya melakukan yang terbaik dalam dirinya. Ini kerana beliau sering mengulangi kata-kata ini setiap pagi: “Jika ini adalah hari terakhir dalam hidup saya, mahukah saya lakukan apa yang bakal saya lakukan pada hari ini nanti?”

2. Anna Wintour
Anna Wintour merupakan ketua editor majalah fesyen ternama Vogue. Anna memulakan harinya dengan bermain tenis selama sejam tanpa henti bermula dari pukul 5:45 pagi. Bagi sesiapa yang pernah bermain tenis, anda pasti tahu bagaimana rasanya bermain berterusan selama sejam.

3. Tony Robbins
Tony Robbins adalah ahli psikologi dan dermawan nombor satu di California, Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan kata-kata pembakar semangat. Setelah bangun tidur, beliau akan membayangkan apa yang mahu dilakukan pada hari itu. Cara ini membantu memotivasikan dirinya untuk mencapai impian hidup.

4. Barack Obama
Presiden Amerika Syarikat ini melakukan perkara yang sama seperti kebanyakan orang lain selepas bangun pagi. Dia melakukan senam ringan. Bezanya, Obama melakukan senaman bukan untuk tujuan kesihatan sahaja tetapi untuk menghindari tekanan kerja.

5. David Karp
Pada usia muda, David Karp berjaya dengan micro-blog Tumblr. Ironis sekali, menyemak e-mail kerja bukanlah perkara pertama yang dilakukan oleh David selepas bangun pagi. Beliau lebih suka melakukan kerja-kerja “sebenar” seperti melakukan tugas-tugas penting dan segera. Ini termasuklah kerja-kerja rumah, atau kerja-kerja yang belum dihabiskan semalam.