Teknik Memory Booster – Belajar Apa Sahaja Dengan Pantas & Cepat

0
490

memory

Di era zaman kini, perubahan akan berlaku dengan sangat pantas dan cepat. Anda perlu belajar perkara baru dan pandai menyesuaikan diri terhadap perubahan tersebut. Terutamanya jika perniagaan anda banyak melibatkan teknologi seperti perniagaan online.

Di sini ada satu teknik mudah yang boleh anda gunakan untuk mengingati dan mempelajari sesuatu perkara dengan mudah dan cepat. Teknik ini dikenali sebagai

‘Feynman Technique’ yang diambil dari nama penciptanya , yang memenangi anugerah Nobel : Richard Feynman.

Anda boleh menggunakan teknik ini untuk mempelajari apa-apa saja seperti mata kuliah di kampus, mengingati resepi, membuat standard operasi perniagaan dan sebagainya. Di dalam teknik Feynmen Technique ini ia mengandungi 4 peringkat.

Pertama pilih bahan apa yang ingin ketahui kemudian fokus sebelum itu anda perlu pastikan bahan tersebut dari sumber bahan yang boleh dipercayai,

Kedua pilihlah buku, video, artikel blog yang terbaik kemudian tanyakan kepada orang-orang yang sudah berjaya di dalam bidang tersebut untuk mendapatkan rujukan buku atau bahan yang ia pelajari,

[auth]

Ketiga tuliskan bahan tersebut seperti seolah-olah anda mengajarkan bahan tersebut kepada orang lain. Anda harus menuliskan apa yang anda pelajari , namun bukan untuk anda atau nota anda dikala anda lupa. Tuliskan seperti catatan anda akan dibaca oleh orang lain, dan orang tersebut akan memahami isi catatan tersebut.

Dan akhir sekali anda tidak boleh menggunakan kata-kata atau istilah yang anda jumpai di buku atau rujukan. Dalam erti kata lain anda perlu memilih kata -kata yang akan memudahkan catatan anda sehingga orang akan faham isinya tanpa perlu membaca buku yang anda baca.

Dengan cara ‘Feynman Technique’, ia tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk boleh menguasai segala hal tetapi ia memerlukan kemahuan, keyakinan dan bagaimana cara pemahaman anda. Kesimpulannya dengan menggunakan kaedah ‘Feynmen Technique’ ini ia akan memudahkan anda mempelajari apa saja sesuatu perkara baru dengan mudah dan cepat.

[/auth]