Tips Mudah Tidur Malam, Buat Mereka Yang Susah Tidur

0
215

Purata jangka masa tidur bagi orang dewasa adalah sekitar 4 jam hingga 6 jam semalam. Namun begitu adakah waktu tidur anda berkualiti? Adakah anda bangun dan merasa segar setiap hari? Ikuti tips di bawah untuk mendapat tidur yang berkualiti.

Rancang sarapan yang menyelerakan

Sarapan pagi merupakan hidangan penting dalam kehidupan seharian dan tidak boleh dielakkan. Justeru rancang sarapan yang anda gemari supaya anda berasa teruja untuk bangun dan menikmatinya!

Tidur dalam keadaan gelap

Keadaan bilik yang gelap menimbulkan mood untuk tidur. Secara saintifiknya, mata manusia sensitif terhadap cahaya yang membolehkan mata untuk terbuka. Dalam keadaan gelap, mata akan lebih kurang sensitif maka mata lebih mudah untuk tertutup.

Minum air sebelum tidur

Air seperti air suam mampu menyegarkan organ dalaman kita. Air suam seakan agen pencuci organ dalaman sebelum tidur. Selain itu, air juga menambah oksigen dalam badan dan membantu untuk lebih relaks.

Gunakan selimut yang memanaskan

Pilihan selimut juga adalah salah satu faktor untuk tidur yang berkualiti. Bersesuaian dengan suhu semasa, gunakan selimut yang tidak terlalu memanaskan serta tidak terlalu nipis. Selimut yang sesuai dengan suhu memberikan keselesaan serta membantu anda untuk tidur nyenyak.

Letakkan jam loceng bertentangan dengan katil

Posisi jam loceng yang strategik seperti bertentangan dengan tempat tidur adalah bagus untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Apabila jam loceng anda diletakkan jauh dari anda, anda akan bangun tepat pada waktu yang telah anda setkan.

Matikan telefon anda

Selain memberikan radiasi kepada anda, telefon bimbit boleh membuatkan anda menghidap insomnia kerana terlalu lalai melayari media sosial, menghantar pesanan ringkas dan sebagainya. Untuk tidur yang berkualiti tanpa gangguan, matikanlah telefon bimbit anda.

Rancang jadual anda

Perancangan program adalah penting supaya anda tidak risau akan program pada keesokkan harinya. Rancang program anda berdasarkan kepentingan dalam jurnal atau buku supaya anda tidak lupa.

Baca buku sebenar (bukan online)

Sudah menjadi rutin bagi sesetengah masyarakat untuk ada sesi ‘bed time story’ supaya mudah tidur. Bacalah buku yang lebih santai supaya fikiran anda lebih relaks dan dapat membantu anda untuk tidur.