Lifestyle

Usia Dunia Tertulis Dalam Al-Qur’an

Ada yang cuba mengira umur alam semesta. Tetapi bukan melalui kajian bertahun-tahun, tetapi hanya daripada beberapa ayat di dalam Al-Qur’an.

Umur Alam Semesta adalah 18.26 billion tahun

Kiraannya:

  1. Berdasarkan informasi Al-Qur’an, dunia dicipta tidak lebih dari 1 hari. Hal ini tertulis dalam Surah Thaha ayat 104. (” Kami lebih mengetahui apa yang akan mereka katakan, ketika orang yang paling lurus jalannya mengatakan, “Kami tinggal (di dunia) tidal lebih dari sehari saja.”
  2. Sehari di akhirat bersamaan dengan 1,000 tahun di dunia. Surah Al-hajj ayat 47 menjelaskan (“Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal ALLAH tidak akan menyalahi janjiNYA. Dan sesungguhnya di sisi Tuhanmu adalah seperti 1,000 tahun mengikut kiraanmu.”
  3. Sehari adalah bersamaan dengan 50,000 tahun yang dimuatkan dalam Surah Ma’arij ayat 4.(” Para malaikat dan Jibrail naik, (menghadap) kepada Tuhan, dalam sehari bersamaan dengan 50,000 tahun.”)

Bila 1 tahun manusia adalah 365.2422 hari maka sehari di akhirat dikira:

365.2422 x 50,000 x 1,000 x 1 diperoleh 19.26 billion tahun.

Satu kiraan Matematik yang canggih!

Kenyataan ini dtulis oleh Moh. Asadi dalam bukunya The Grand Unifying Theory of Everything. Dia menyatakan umur alam semesta adalah 17-20 billion tahun. Sementara itu, Prof. Jean Claude Batelere mengatakan umur semesta adalah sekitar 18 billion tahun. Tambahan lagi dengan teori NASA yang mengeluarkan data bahawa umur semesta adalah dianggarkan 12 – 18 billion tahun.

Para pakar dengan segala peralatan canggihnya dan ilmu yang tinggi berusaha menemui berapa umur semesta. Sebenarnya Al-Qur’an sudah memberi kenyataan jelasnya tentang misteri itu.