Pelaburan

BATASAN PENYATA KEWANGAN

Pening dengan hal-hal kewangan perniagaan anda? Kurang faham dengan hal-hal kewangan syarikat? Tercampur aduk kewangan perniagaan dengan kewangan peribadi anda? Perakaunan adalah bahasa perniagaan dan untuk memahami keadaan sesebuah perniagaan itu, anda harus boleh membaca, memahami, serta menganalisis penyata kewangan. Umumnya, penyata kewangan mempunyai tiga kegunaan seperti mengukur prestasi lepas, menilai kedudukan semasa dan ramalan potensi masa hadapan. Berikut adalah batasan penyata kewangan:

buget

 

  • Satu titik masa

titik

Angka yang tercatat dalam penyata kewangan adalah angka pada satu titik masa iaitu pada tarikh kesemua buku akaun ditutup dan merupakan satu laporan akhir yang terhasil dari rekod perakaunan untuk satu tempoh tertentu. Oleh itu, angka berkenaan tidak dapat memberi gambaran tepat tentang naik turun perniagaan untuk 360 hari. Angka kumulatif jualan dalam penyata kewangan tidak dapat memberi gambaran secara terperinci prestasi jualan mengikut musim atau bulan. Baki akaun itu hanyalah pada satu titik masa yang tidak cukup untuk memberi maklumat sama ada akaun berkenaan mempunyai baki yang semakin meningkat, konsisten atau berkurang untuk satu siri masa.

 

  • Rekod lepas

Rekod lepas tidak boleh digambarkan dengan tepat keadaan masa hadapan. Perniagaan anda tidak boleh dijamin dengan rekod keuntungan tahun sebelumnya atau meyangka keuntungan itu akan berulang kembali.

Terdapat banyak factor yang dapat mempengaruhi perniagaan anda sama ada factor luaran atau factor dalaman.

 

  • Kepelbagaian kaedah

Penyata kewangan mempunyai sifat kepelbagaian seperti kaedah penilaian, inventori, susut nilai, atau pengiktirafan hasil. Kepelbagaian ini dijadikan perbandingan maklumat dan dianalisis dengan lebih bila diperlukan. Penyata kewangan juga boleh digunakan untuk menilai angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan.

 

Kepenggunaan penyata kewangan adalah terhad, tetapi boleh dianalisi untuk membuat perbandingan penyata kewangan untuk beberapa tahun, perbandingan antara firma dan perbandingan dengan data industri. Malah ia turut merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan, Nota Penjelasan, dan lain-lain yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Gambaran yang jelas daripada penyata ini, anda akan mengetahui tentang pulangan pelbagai sumber setelah ditolak semua perbelanjaan akan diperolehi. Disamping itu, penyata aliran tunai pula dapat membantu analisis dengan menunjukkan punca-punca dan kegunaan tunai sepanjang tahun.

 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Oppss!!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing