Anda telah menghabiskan masa, duit dan tenaga mereka t-shirt jadi langkah seterusnya adalah untuk
menjualnya dengan memaparkan di blog atau laman sesawang. Anda memerlukan imej yang kool dan
menarik untuk mempromosikan t-shirt anda. Bahagian ini selalunya designer akan terlepas pandang dan
untuk orang yang kreatif ini adalah kesilapan yang besar.
Cara anda mempersembahkan rekaan t-shirt atau jenama online adalah sebahagian besar dalam
mendekati pelanggan berpotensi atau t-shirt bloggers. Ianya adalah tanggapan pertama. Internet adalah
sumber yang hebat dengan media sosial yang pelbagai di mana ianya dalah platform yang sempurna
untuk mempamerkan rekaan T-shirt anda.
1) Video promosi
gambar bergerak boleh membantu anda menjual t-shirt dengan lebih efektif. Walaupun jenama anda
masih kecil, tetapi dengan teknologi yang kini di tangan anda dan sedikit kreativiti yang ada tidak ada
halangan untuk melakukan apa saja. Dalam video tersebut tekankan konsep t-shirt anda dan pastikan
ianya dibuat dengan pembuat video yang berpengalaman supaya hasilnya memuaskan.
2) Pemilihan model
Jelas memilih sama ada mahu menggunakan model atau tidak adalah salah satu faktor terbesar dalam
bagaimana anda boleh mempromosi rekaan t-shirt anda. Mengikut konsep t-shirt, pilih model yang
mampu membawa imej yang betul untuk jenama anda. Remaja atau dewasa, kurus atau berisi, lelaki
atau perempuan.
3) Gunakan platform media sosial dengan sebaiknya
Media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Pinterest untuk memperkenalkan jenama t-shirt
anda. Pos-pos yang berkualiti akan menarik orang untuk singgah ke laman anda. Gunakan tajuk yang
menangkap mata. Bagi platform Facebook dan Instagram kini terdapat khidmat Ad (advertisement)
berbayar membolehkan anda mengiklankan t-shirt kepada umum secara meluas.
4) Strategi pemasaran yang hebat
Promosi yang hebat membolehkan penyebaran tentang produk anda dari mulut ke mulut. Anda
mungkin boleh juga membuat give away t-shirt secara percuma. Untuk permulaan, anda boleh
mengadakan strategi termasuk advertisement, blog dan media sosial. Contohnya seperti di bawah.
Promosi berbayar: Facebook ads, Google Adwords dan lain-lain
Promosi percuma: berhubung secara aktif di Instagram dengan pelanggan setiap hari. Follow beratus-
ratus pelanggan berpotensi, komen dan like beribu-ribu gambar dan post di akaun anda secara
konsisten.
Lawati www.usahawan.com untuk ketahui lebih lanjut peluang perniagaan baru untuk peniaga kecil &
sederhana. Kami juga menawarkan pakej-pakej pencetakan untuk tshirt dan cenderahati yang
membantu menjimatkan kos anda bersama dengan bantuan teknikal dan latihan percuma!