Sukacita dimaklumkan bahawa kami telah menerima pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bahawa produk keluaran syarikat kami mematuhi standard Halal Malaysia.

Kami berasa amat berbangga dengan pengiktirafan yang telah diberikan dan akan sentiasa mengambil berat tanggungjawab sosial kami kepada pelanggan dan pengguna Muslim di Malaysia.