Perniagaan, Perniagaan Francais

Peluang Perniagaan Francais Petronas

Program Peluang Perniagaan Bersama Petronas ini merupakan sebuah program anjuran Biro Petroleum & Gas Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan kerjasama PETRONAS. Program satu hari ini dianjurkan dengan objektif untuk membuka peluang kepada usahawan – usahawan terutama kontraktor bumiputera untuk mengetahui dengan lebih dekat peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas terutama dengan PETRONAS. Program ini juga membuka peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan pegawai-pegawai PETRONAS dalam bahagian pelesenan, dagangan dan vendor. Program ini juga memberi manfaat dan faedah dari aspek rantaian perniagaan sesama usahawan serta mendapat taklimat pembiayaan oleh institusi kewangan dan badan-badan kerajaan.

Program ini akan berlangsung pada:

[auth]

Tarikh: 25 Mac 2010 (Khamis)

Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: Dewan Ballroom 3, Sime Darby Convention Center

SIAPA YANG PATUT MENYERTAI:-

1. KONTRAKTOR – KONTRAKTOR INDUSTRI MINYAK & GAS

2. AHLI PERDASAMA.

3. USAHAWAN INDUSTRI KECIL & SEDERHANA

Tarikh Tutup Penyertaan : 19 Mac 2010

Yuran Penyertaan: RMxxx (ahli PERDASAMA) / RMxxx (ahli PERDASAMA)

Sila Hubungi En xxxxx di 03-xxxxxxx.

Pernah tengok iklan sebegini? Bunyi memang menarik, mana taknya, menjadi rakan niaga Petronas! Tapi layak ke?

Teruskan membaca…

KOTA KINABALU: Samlih Nip bermula sebagai pegawai institusi kewangan, tetapi kini lebih selesa dengan tugas mengurus stesen minyak Petronas.

Berbekalkan pengetahuan dalam simpan kira kewangan, beliau memberanikan diri untuk menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual minyak petrol dan diesel sejak empat tahun lepas.

Samlih, 49, memulakan perniagaannya di Tenom, bahagian pedalaman Sabah, pada tahun 2007 sebelum memindahkan operasinya ke Papar, dekat sini.

Walaupun mengharungi pelbagai cabaran dalam perniagaannya pada peringkat awal, namun berkat ketabahan akhirnya membolehkan beliau muncul sebagai antara pengusaha stesen minyak Petronas yang berjaya di Sabah.

Saya menceburi perniagaan ini hasil galakan dan dorongan kawan-kawan. Walaupun tanggungjawab saya lebih besar iaitu mengurus sebuah stesen minyak Petronas, namun ia berbaloi kerana kita boleh memperoleh pendapatan yang “lebih” berbanding gaji tetap bulanan sebelum ini, ” katanya kepada Bernama.

Samlih amat berterima kasih kepada Petronas kerana memberi peluang kepadanya untuk mengusahakan stesen minyak.

Bukan mudah untuk menjadi rakan niaga Petronas… saya amat bersyukur kerana menjadi seorang daripada rakan niaga Petronas di Sabah, ” katanya.

MILIK PENGUSAHA TEMPATAN

Beliau juga gembira kerana kesemua 54 stesen minyak Petronas di seluruh negeri ini dimiliki pengusaha tempatan.

Kejayaan Samlih dan pengusaha minyak Petronas yang lain di Sabah memberi gambaran jelas bahawa syarikat minyak negara berjaya melonjakkan kualiti hidup mereka yang berkenaan ke tahap yang lebih baik.

Seperti Samlih, Nurbaity Jasimin, 55, yang mengusahakan perniagaannya di Jalan Utara Tawau, bahagian pantai timur negeri ini juga menempuh kehidupan lebih baik selepas menjadi rakan niaga Petronas.

Mengimbas kembali penglibatannya dalam bidang ini sejak kira-kira 15 tahun yang lepas, Nurbaity berkata perniagaan minyak Petronas amat mencabar tetapi sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh ia mampu memberi pulangan lumayan.

Beliau memperoleh peluang keemasan itu setelah mendapat maklumat bahawa Petronas akan membuka sebuah stesen minyak di kawasan itu dan memerlukan seorang peniaga Bumiputera untuk mengendalikannya.

Saya tidak mensia-siakan peluang itu dan berkat kesungguhan, minat dan sedikit pengalaman mengurus perniagaan, akhirnya saya berjaya mengendalikan perniagaan stesen minyak dengan jayanya sehingga kini.

Pada masa ini, Alhamdulillah, kehidupan kami sekeluarga lebih selesa dan jauh berbeza berbanding kehidupan sebelum ini, ” katanya.

HIDUP KAIS PAGI MAKAN PAGI

Nurbaity, ibu kepada enam cahaya mata iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan, berkata sebelum menceburi perniagaan itu pada tahun 1994 kehidupan beliau sekeluarga amat susah sekali umpama “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

Sebenarnya selepas mendirikan rumahtangga, saya mengikut suami yang bekerja di sebuah kem tentera. Memandangkan ketika itu saya tidak buat apa-apa kerja, jadi saya mengambil keputusan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual makanan di sebuah sekolah di kawasan kem tempat suami saya bekerja.

Pendapatan saya sebulan kira-kira RM150 sahaja dan sebelum ada anak, pendapatan itu boleh dikatakan cukup-cukup makan, ” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keperluan dari segi kewangan semakin meningkat apabila memperoleh cahaya mata.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan membuka sebuah kedai runcit di kem berkenaan sebelum mendapat peluang mengurus stesen minyak Petronas yang menjadi kebanggaannya sehingga kini.

Menurut Nurbaity, selain menikmati keselesaan hidup sekeluarga, beliau kini berkemampuan sedikit untuk berbakti kepada masyarakat dengan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di daerah itu.

Saya mengambil seramai 170 anak yatim sebagai anak angkat beberapa tahun lepas, dan menjelang setiap Ramadan, kami akan memberikan bantuan kewangan dan keperluan lain kepada mereka, ” katanya sambil mengakui dan menghargai sumbangan Petronas yang banyak mengubah perjalanan hidup mereka sekeluarga.

JASA PETRONAS SENTIASA DIHARGAI

Kisah kejayaan Nurbaity turut dikecapi seorang lagi pengusaha stesen minyak di Tawau iaitu Mohammad Ahmad, 46 tahun.

Bekas pekerja bank ini menceburi perniagaan stesen minyak pada tahun 2002.

Sebelum ini saya bekerja di sebuah bank di Tawau. Waktu itu, kos sara hidup semakin meningkat… jadi saya berfikir bagaimana untuk keluar daripada belenggu hidup yang sempit, dan antara yang bermain dalam fikiran saya ialah membuka stesen minyak Petronas, ” katanya.

Impiannya terkabul apabila mendapat peluang mengusahakan stesen minyak di daerah berkenaan hampir dua dekad yang lepas.

Saya amat bertuah kerana Petronas memberi kepercayaan kepada saya mengusahakan stesen minyak di Jalan Kuhara Tawau. Sejak itu saya boleh menarik nafas lega kerana peluang keemasan ini banyak membantu mengubah taraf ekonomi keluarga saya.

Ketika bekerja di bank pendapatan saya bergantung kepada gaji setiap bulan, tetapi dalam perniagaan, kita boleh memperoleh lebih daripada itu sekiranya kita dapat menguruskan perniagaan dengan baik, ” katanya.

Mohammad berkata dalam bidang perniagaan, seseorang itu harus berani menghadapi risiko perniagaan terutama bersaing dengan pengusaha lain.

Pengalaman bekerja di bank selama 19 tahun banyak membantu saya untuk mengatasi segala masalah dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, ” kata Mohammad yang dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua lelaki dan tiga perempuan.

Walaupun kini menikmati keselesaan hidup, Mohammad tidak pernah melupakan jasa Petronas yang sentiasa mengambil kira dan mengutamakan kepentingan rakyat terutama membuka peluang perniagaan runcit petroleum bagi warga Sabah.

Ha, macam mana? Kisah yang baru anda baca itu ialah kisah benar dua pengusaha stesen minyak Petronas di Sabah. Konsep rakan niaga stesen minyak ini ialah ini adalah menjadi pengusaha tunggal kepada francais syarikat minyak itu sendiri di kawasan tertentu dan mereka ini berada di bawah kawal selia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Bagaimana pula dengan keuntungan? Jangan salah anggap, ia bukan seperti yang anda fikir! Pengusaha stesen minyak menjana keuntungan melalui komisen yang rata-ratanya sedikit disebabkan margin seliter minyak petrol yang diperoleh pengusaha tidak sampai ke 10 sen pun. Tetapi sekiranya jualan barangan runcit di stesen minyak tersebut bagus, keuntungan yang diperoleh mampu membuatkan anda tersenyum lebar ?

Namun, jenama Petronas itu sendiri sudah tentu mampu menarik ramai rakyat Malaysia dek kerana imej Petronas yang gah berserta kualiti minyak petrolnya. Sedikit latar belakang Petronas sekiranya anda masih ragu-ragu akan jenama kebanggaan rakyat Malaysia ini:

Petroleum Nasional atau PETRONAS telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat-syarikat 1965 dan kemudiannya pada 1 Oktober 1974, Akta Kemajuan Petroleum telah diluluskan di Parlimen. Akta itu telah meletakkan hak Petronas terhadap semua hak milik dan kawalan ke atas sumber petroleum negara dan menjadikan Petronas bertanggungjawab untuk mengurus sumber ini demi kepentingan negara. Di samping itu, Akta Kemajuan Petroleum juga telah membentuk Majlis Penasihat Petroleum Negara yang bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan petroleum dan petrokimia. Akta itu juga memberikan kuasa kepada Petronas memproses, menapis petroleum, menghasilkan petrokimia dan memasarkan hasil-hasil tersebut seiring dengan lain-lain syarikat minyak antarabangsa. Petronas mula menjalankan operasinya di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato’ Onn sebelum berpindah ke Ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertamanya, YM Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd. Hamzah telah dilantik oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abd. Razak bagi menerajui perbadanan ini.

Matlamat utama penubuhan Petronas antaranya seperti berikut:-

  1. Untuk melindungi hak kedaulatan negara dan hak serta kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petroleum, dan

  2. Untuk melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahakan hasil dan menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan negara.

Penubuhan Petronas menentukan bahawa rakyat dan negara ini mendapat manfaat yang besar dari kekayaan hasil bumi serta dapat menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.

Dan sudah tentunya projek yang dianggap paling berjaya dalam sejarah hidup anda dan seluruh negara ialah projek Menara Berkembar Petronas! Ia merupakan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu mencapai ketinggian 451.9m (1483 kaki). Menara berkembar ini disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini yang telah direkabentuk oleh Cesar Pelli and Associates telah menelan belanja sebanyak US$1.2bn. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibu pejabat korporat PETRONAS dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. Simbol geometrik yang digunakan adalah merangkumi semua prinsip Islam iaitu stabiliti, keharmonian, perpaduan dan rasional.

Sudah yakin?

Saya amat berminat! Bagaimana untuk memohon ya?

Biasanya, antara syarat-syarat am untuk menjadi rakan niaga Petronas adalah seperti berikut:

  1. Mestilah warganegara Malaysia.

  2. Bersedia mengendali stesen PETRONAS sebagai pemilik tunggal secara sepenuh masa.

  3. Berumur di antara 25 hingga 45 tahun pada tarikh tutup permohonan.

  4. Mempunyai modal kerja sekurang-kurangnya RM170, 000 dan cagaran/jaminan bank sebanyak RM100, 000.

  5. Kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. Pemegang ijazah digalakkan untuk memohon.

  6. Kakitangan tetap/kontrak Kumpulan Petroliam Nasional Berhad dan keluarga terdekat (suami, isteri, anak, ibu bapa dan mertua) tidak layak memohon.

Marilah berniaga dengan Petronas

[/auth]