Perniagaan, Perniagaan Makanan

AISKRIM TAIYAKI

aiskim-taiyaki

Apa itu “taiyaki”? Taiyaki merupakan makanan tradisional yang berasal dari negara matahari terbit iaitu negara Jepun yang berbentuk ikan. Taiyaki pertama kalinya dijumpai di Jepun pada tahun 1909 di sebuah gerai di kota Minato, Tokyo yang dijual dan dibuat oleh Naniwaya Souhonten.

Taiyaki diperbuat daripada adunan tepung terigu yang dipanggang, kemudian diisi dengan kacang merah sebagai intinya. Isi atau inti “taiyaki” telah divariasikan dengan pelbagai perisa seperti kacang, kaya, coklat, pisang, dan lain.

Kini “taiyaki” telah direvolusi menjadi “Aiskrim Taiyaki” yang masih asing di Malaysia tapi sudah popular di bandar Chinatown, New York City, USA. Ingin membuat kelainan terhadap perniagaan anda.

Anda boleh mencipta taiyaki anda sendiri. Pilih satu aiskrim sama ada vanilla atau coklat dan ditambah dengan  gerimis coklat, karamel, susu pekat, gula-gula M&Ms mini atau strawberi. Kreativitikan perniagaan anda untuk mencipta sesuatu yang baru.

14280468_1593313760973293_647471915_n

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Kami juga menawarkan pakej-pakej dan produk perniagaan F&B, bantuan teknikal serta latihan percuma kepada usahawan dan bakal usahawan.Oppss!!! Jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing